Tuesday, June 23, 2009

Hanya tinggal...

Hanya tinggal beberapa hari je lagi untuk aku begelar seorang isteri..terlalu banyak kenangan yang aku alami selami ni, yang pahit, yang manis semuanya aku simpan..
orang selalu mengatakan hari2 yang berlalu tanpa sebarang gangguan,tanpa masalah adalah hari yang paling menggembirakan dan paling beruntung.
tapi bagi aku, hari yang aku lalui dengan 1001 macam dugaan dan aku berjaya menyelesaikan walaupun tak kesemuanya, aku rasa aku amat bersyukur dan itulah hari yang bermakna dalam hidup aku.
aku masih ingat, ramai jugak yang kata rupa aku nih lebih tua dari usia. yelah, aku ni pon bukan nye lawa mana..mungkin kerana banyak sangat perkara yang perlu aku fikir, aku selesaikan, aku tanggung yang kebanyakan rakan sebaya aku tak lalui..
aku bersyukur dengan dugaan yang ALLAH beri pada aku.at least aku tahu, yang DIA masih menyayangi aku dan aku rasa aku lah hamba-Nya yang bertuah kerana dihadiahi dengan pelbagai dugaan. Aku cuba tabah mengharungi setiap satu masalah yang menimpa aku. aku juga manusia biasa, tak lari dari membuat kesilapan. kadang2 aku menyalahkan diri aku yang seolah aku menyalahkan takdir.tapi aku besyukur sangat2 aku mempunyai seorang tunang yang bakal menjadi suami aku kerana masih menyayangi aku walaupun pelbagai dugaan yang menimpa kami berdua..
sayang..terima kasih bby ucapkan kerana menyayangi dan mencintai diri ini...

No comments:

Post a Comment

: ikut suka korang :

Blogger Wordpress Gadgets