Thursday, October 15, 2009

badai gelora kehidupanku..

sila lah bagi komen yer MR HUNKY
Badai gelora menghempas ke pantai
Fenomena biasa dalam dunia
Seperti hidupku
Kadang berhembus angin bayu
Tanda kedamaian
Kadang ribut taufan melanda bumi
Tanda keluluhan
Apa erti hidup sebenar
Jika kita hanya memandang sepi dugaan yang datang
Apa tandanya sayang itu ada
Jika senantiasa bergolak walau tiada apa
Apa maknanya cinta
Jika hanya mampu meluahkan namun bukan memaksudkan

Manusia
Sering alpa dalam detik
Sering leka dengan arus dunia
Mereka tidak mengerti apa itu hidup
Mereka tidak mahu tahu apa itu dugaan
Hanya indah yang bisa dipuja
Hanya molek yang ditatap
Hanya rupa jadi pengukur
Bukan jelik yang dpandang
Bukan budi yang disanjung

Sedarlah wahai kaum adam dan hawa
Dunia ini hanya sementara
Bukan milik kita mahupun sesiapa…

3 comments:

  1. Hampa, kecewa, bersulam duka
    perasaan Sang Arnab
    Tatkala dikalahkan Sang Kura

    Hatinya keparahan.
    Kerana seumur hidupnya
    jarang sekali kekalahan.
    Barulah sedar kesalahan
    yang terpancar dalam dirinya.

    Tidak lagi ia
    menutup sebelah mata.
    Jika di ajak Sang Kuda berlumba
    Kan Arnab tinggalkan 1 kilometer.

    Demikianlah ribut taufan dan badai gelora
    menjadikan dirinya lebih sedar
    dari sebelumnya..
    "Bukankah ini perkara biasa ??? "
    Senang berkata tapi selalu lupa,
    tatkala gilirannya pula menempuh duka.

    Duka... dari cinta, dari kehilangan,
    dari apa jua perlumbaan perlumbaan,
    Jangan lupa...
    lahirnya pemahaman yang mendalam.
    daripada keperitan yang menyedarkan.

    -----Hang Hunky--------

    ReplyDelete
  2. """ Manusia
    Sering alpa dalam detik
    Sering leka dengan arus dunia
    "Mereka tidak mengerti apa itu hidup
    Mereka tidak mahu tahu apa itu dugaan
    Hanya indah yang bisa dipuja
    Hanya molek yang ditatap
    Hanya rupa jadi pengukur
    Bukan jelik yang dpandang
    Bukan budi yang disanjung """

    Best ayat awak yang ni =)

    ReplyDelete
  3. kadang2 ilham tu datang tanpa diduga
    mase saira wat poem nih, tgh frust dgn orang2 sekeliling...suke berkawan dgn org cantik, menawan, berharta..tp yg jelik, yg hodoh tu tak nak berkawan, siap kutuk2 lagik..bukan nak kenal hati budi..tu la terkeluarlah ayat2 mcm tu..
    bese nye saira menulis masa perkara tgh terjadi..baru ada idea..

    ReplyDelete

: ikut suka korang :

Blogger Wordpress Gadgets