Friday, October 23, 2009

bicara utk sang pencinta...

Malam indah ini sayang
Tatkala rembulan mengambang penuh
Ku lihat cahaya indah itu seolah tersenyum padaku
Tatkala itu fikiran aku hanya terkenang padamu

Sayang,
Saat pertemuan kita hanya ringkas
Tiada candle lite dinner
Tiada ros merah
Tiada apa yang istimewa..
Hanya di pusat bowling

Namun,
Hati ku terpaut pada keikhlasanmu
Kejujuranmu
Keperibadianmu
Segala-galanya tentang dirimu..
Sungguh!!

Kini,
Kasih telah membuat kita di awangan
Sayang telah buat kita sering merindui
Cinta senantiasa meniti di bibir kita
Menjadi madah indah yang wajib di ucapkan

Namun,
Ku tak mahu ia hanya seketika
Kau juga tak mahu diriku tiada
Kita saling menyayangi..
Kita saling merindui
Kita saling mencintai
Ku tak mahu berpisah darimu
Kau jua tak mahu berpisah dariku

Duhai kasihku,
Janjilah padaku yang kau takkan pergi
Pergi meninggalkan diri ini
Janjilah padaku bahawa ku akan kau sunting
Menjadi permaisuri hidupmu
Yang senantiasa di hatimu
Yang selalu ada di sisimu..

Hanya itu doa ku..
Dan ku harapkan doamu jua begitu..
Insya-ALLAH…

3 comments:

  1. hmmm~ naisss word... koh koh koh
    jiwang seyhhhh~

    ReplyDelete
  2. buat sendiri lah syaf..ne ada tiru lirik2 lagu..tak gentle lah..

    ReplyDelete

: ikut suka korang :

Blogger Wordpress Gadgets