Monday, August 8, 2011

Rumah Baru..suke suke suke suke

Alhamdulilah..semuanya dah selesai...Ahad lepas (7.8.2011) secara rasmi aku, encik suami dan shaza tinggal di rumah baru kami..tercapai hasrat dan impian nak memiliki rumah sendiri..

rumah yang bernilai RM170,000 itu adalah hasil loan BPP di atas 2 nama..walau bagaimanapun, encik suami mengatakan akan meletakkan nama rumah itu atas nama aku..Ya Allah..tak kusangka besar nyer hadiah anniversarry yang dikatakan dahulu..

rumah tu taklah besar mana..bukan kondo mewah, rumah teres..hanyalah apartment yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn (BTHO)..tapi yang aku suke rumah nih adalah Duplex Apartment..ala ala Penthouse lah..ala..yang 2 tingkat tu..

sebelum kahwin aku menyewa di flat 5 tingkat di Taman Tun Perak. murah..Rm250.00 sebulan..tp jenuh nak mengira tangga hingga ke tingkat 5..haha..masa tu aku mmg slim river lah..

kemudian, selepas berkahwin pindah ke Taman Kota Cheras Fasa 3 (rumah teres)..berdekatan dengan rumah mertua di Fasa 2..kawan2 encik suami pun tinggal di kejiranan yang sama..kampung halaman dia...

aku berpindah ke rumah teres tu pun sbb ayah mertua risau krn masa tu aku dah mengandung 2 bulan..love u ayah!!

kami mmg merancang nak beli rumah..mula2 servey hingga ke semenyih..akibat rasa malas nak carik pengasuh baru buat shaza, so decided utk cari di kawasan setemopat shj..

pada awalnya, dah dpt rumah teres di Fasa 2 berlainan lorong dr rumah mertua..dah byr duit muka pun, akhirnya owner taknak jual..kecewa...sangat kecewa..hinggakan aku menangis..lama jugak aku tanak fikir langsung pasal nak beli rumah..

then, entah macamane, terdetik nak google rumah untuk dijual Bandar Tun Hussein Onn..kemudian keluar link ini..Anuar Manshor

aku terus telefon encik suami..then dia kata ok tolong deal..aku pun telefon encik anuar..Alhamdulillah, dia bagi respon dan kata belum jual..so dari hari tersebut aku terus followup utk tgk rumah, mintak diskaun lawyer bla bla bla bla...

dari hari itu juga hinggalah kini, encik anuar dan isteri sangat baik..tak pernah jumpa orang 'berniaga' sebaik mereka...kalaulah mereka banyak rumah utk dijual dah tentu aku syorkan pada kawan2..

dah semalaman aku di rumah baru..semua kerja2 mengecat, mengemas, dah buat..just baki2 baju belum selesai sepenuhnya..haha..penat..berpindah dalam bulan puasa..

next entri aku akan update gmbr dn rentetan dari mula proses jual beli rumah ini berlansung..

dan aku nak namakan rumah ini sebagai....SALSABILA..

sbb??? pertama ianya bermaksud taman dalam syurga
kedua kerana ianya adalah nama ketiga anakanda tercinta..SHAZA NUR SALSABILA..


2 comments:

  1. wah!!tahniah sudah bermastautin di rumah sendiri!~..nak tumpang tido buleh?!hii..
    tahniah yew

    ReplyDelete
  2. Owh ofcoz ini wife saiful selamat...hahaha...sepol2...

    ReplyDelete

: ikut suka korang :

Blogger Wordpress Gadgets