Friday, January 13, 2012

surat untuk bos. perkara : bos, tolong lah saya!!!

mgu nih pasti busy giler dengan panggilan telefon..ape lagi kalo bukan pasal sbpa..pasal pesara..oleh kerana mud aku kureng okey semalam sebab ntah sape kot pesara kot org awam dok maki aku kat tepon pasal sbpa..meh sini aku plak nak mintak tolong kat bos2 kesayangan aku kat opis nih..aku dah pon baut surat khas utk mereka..

kehadapan bos yang diingati (mesti ingat kalo tak cuti el susah nak sain),

    seperti mana yang bos sedia maklum, sabnan hari terlalu banyak panggilan masuk di pusat panggilan setempat ini untuk bertanyakan tentang sbpa dan penyelarasan.  saya yang fast learner ini memang boleh menjawab segala pertanyaan yang munasabah mahupon datang dari sabah.

   adapun begitu, dek kerana kebizian desk kami yang dari 4 meja menjadi 3 meja (walaupon hakikatnya masih 4 meja), tangan dan bahu kami asyik terkehel dan sakit2 dek kerana menajwab telefon yang tak henti2. kami dah pon secara bergilir memohon bibik tukang sapu c3 untuk mengurut bahu dan kepala supaya tidak stress terus berkhidmat di pusat panggilan ini.

oleh kerana upah bibik itu memerlukan wang ringgit (kami tak kesah bayar, tak mahal pon) kami memohon jasa baik bos untuk meng-ap-gred kan telefon kami kepada kurang wayar (wireless) seperti di rajah.




sebelum ini ini lah nasib kami setiap hari (seperti di rajah).




sekiranya bos dapat menghadiahkan kami dengan telefon telinga siap mikrofon (earphone with mic), kami akan sentiasa senyum lebar sebegini rupa...



walaupon umur kami mencecah 60 tahun..kami akan tetap senyum..



kerjasama bos dalam mendacingkan secara adil perkara ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

sekian.

saya yang menurut perintah,

pusat panggilan setempat.

7 comments:

  1. zura bhgn ape kat jpa?bhgn ni dipanggl bhg ape ek?

    ReplyDelete
  2. bahagian pasca perkhidmatan (pencen)

    ReplyDelete
  3. baut surat???? sabnan hari???? apakah itu....
    ;-)

    BOS yang bosan...

    ReplyDelete
  4. macam ku kenal anon nih...huhu..typo daa

    ReplyDelete
  5. salam
    geli la pulak tgk pakcik tu senyum hehe

    ReplyDelete

: ikut suka korang :

Blogger Wordpress Gadgets