Friday, October 19, 2012

pengalaman bersalin kali kedua.. part 1

Bismillahirrahmanirrahim..

dengan kalimah Allah zura panjatkan kesyukuran kerana telah dihadiahi cahaya mata ke dua dalam tempoh perbezaan 1 tahun 11 bulan dengan si sulung.

zura nak cerita kan pengalaman bersalin kali ini. sangat berbeza dengan si kakak. yer lah anak sulung, sakit mesti lebih. yg kedua dan seterusnya, ok lah sikit.. sebab dah ada 'jalan'.

al-kisah..... tanda² nak bersalin dah start 2 minggu sebelum tarikh bersalin. ikut due zura akan bersalin pada 3 julai 2012. (besday shaza 4 julai). wan shaza dok mintak² baby kedua nih lahir sama dengan tarikh kakak..kan ke unik..huhu..

zura pulak, kalau boleh biar kuar lmbt sket coz zura nak amek sangat exam kpsl n27 yang tinggal 1 paper jer lg! tarikh exam tu kene pulak pd tarikh due..adoiyai yer pon.. zura dah standby buku² n dah siap print pekeliling² yg berkaitan.

2 hari sebelum bersalin, contraction dah ada cuma tak kerap dan ada kuar darah sikit. so, zura pergilah ke hospital putrajaya (sebab sakit kat opis), masa tu zura bawak kete dr rumah, en suami gi keje dengan motor. tp nak ke hospital, zura mintak kawan opis htrkan.. sampai di hospital putrajaya, check macam biasa lah..

test air kencing, timbang berat, tekanan darah. then baring utk check jantung baby. then, sorang doktor wanita india datang check 'jalan'.. paling tak suka!! sakit woo..  sebelum ni, zura dah pernah datang..sebab ada keluar lendir, just takde darah, n ada sakit sikit..doktor yg layan tu sangat gentle..lembut jer dia buat..takde rasa sakit pun.

tapi doktor india nih...sakit sangat zura rasa..macam ke cucuk². dengan nada kasar, dia ckp, "belum lagi ni. baru 2cm. wad penuh, kita tak boleh accept u..nak htr ke pusat bersalin berisiko rendah tu, u pulak ada problem, hb rendah,so kita kene transfer u ke kajang or hkl..lagipon u tinggal kat luar kan.lagipon, u bukan org putrajaya,"

mmg lah..kalau ikutkan, yg dekat adalah kajang, tp aku prefer putrajaya coz sebelum nih layanan kat sini ok!, then zura amek risiko utk balik rumah..malam tu takde sakit2 sgt..

then, hari jumaat  (29 jun), sakit makin kerap.. ada rasa nak terbuang, pergilah toilet, rupanya darah dan lendir..makin lama, makin banyak..tanpa tunggu, zura bgtau kak su, opis mate zura. mintak dia tolong hantar ke hospital..again..putrajaya.

segera zura kol en suami..masa zura smpi di hospital, keadaan agak lengang..dlm hati, wad ada lah nih kalau jadi apa². macam biasa, prosedur yg sama. sementara nak tgu doktor, sakit makin kerap.. masa test kencing pun, darah dan lendir dah makin banyak.

sebelum tu, zura diperiksa oleh doktor² pelatih. nice. lelaki dan pompuan. bagus jer layanan dorang. then, datang sorang doktor..aduss..minachi tu lagik..janganlah dia yg seluk!! ntah ape yang dia skiping dgn doktor pelatih tu, dia seakan tak percaya yang jalan zura dah buka 3cm. then, dia ckp, dia nak check sendiri. sempat dia ckp, macam pernah jer tgk u nih..citer² dia still ingat.. yerlah, mase tu zura beria² tanak gi sepital lain..siap nangis²..mau tak ingat drama queen nih?!

benda yg sama dia ckp, takda apa pun..transfer or balik dengan risiko..tak boleh admit ward. kebetulan masa tu, kenalan zura pun check kat tempat yg sama. tp dia ada pulak ward utk ditempatkan. ok, keadaan dia mmg agak serius..tak salahkan dia pun, sebelum zura kuar dr hospital tu, zura ty kat doktor pelatih tu knp tak boleh terima sy? sebab wad penuh atau alamat sy bukan diputrajaya? then, dia ckp..sebenarnya, zura beralamat di luar putrajaya. so, dorang tak terima melainkan dah betul² nak terberanak..terpaksa terima.

dengan terpaksa zura sain surat balik atas risiko sendiri.. even tgu kat luar kaunter tu pun, kalau beranak kat situ, dorang kata itu risiko sendiri..kalau terjadi apa² yg tidak diingini, pihak hospital tidak boleh dipertanggungjawabkan. kalau tidak dorang nak transfer ke kajang atau hkl. pelik..kenapa tak offer transfer ke hospital serdang, mereka kata mereka takde link. kelakar kan? ke gaduh? hahahha....

dasyat sungguh pengurusan hospital putrajaya ni sekarang. dulu, elok jer.. knp makin teruk? sebab dah banyak sgt makan puji ke? one more, nak tau knp zura rasa sakit sangat masa doktor india tu seluk? sebab KUKU DIA SANGAT PANJANG OKEH!!!. even dia pakai sarung tangan getah tu, still rasa sakit..hairan betul, kenapa seorang yang profesional boleh berbuat demikian, bukan ke pihak hospital sangat mementingkan kebersihan??

keluar dr hospital putrajaya, ckp dgn en. suami jom balik..dlm keadaan sakit! sampailah.......................................................................................................................



7 comments:

: ikut suka korang :

Blogger Wordpress Gadgets