Tuesday, October 16, 2012

sungguh besar pengorbanan seorang ibu, mak, ummi, bonda, mama, mummy dll

Bismillahirahmanirahim...

semalam berlaku satu perkara yang tidak diduga. perkara yang menyedarkan zura. mungkin selama ini telah sedar, cuma tak pernah zura ucapkan terima kasih. mungkin anda jua begitu, kadang² perkara² yang tidak diduga berlaku dalam kehidupan kita merupakan hikmah atau petanda untuk kita bergerak ke satu fasa dan menoktahkan kejadian lalu.

kadang² kita alpa..alpa dengan pengorbanan orang lain terhadap kita. bukan niat kita utk melupakan, tapi yerlah.. manusia kan, ke nak kata melayu? hahha..memang melayu mudah lupa..lupa daratan, lupa diri..

pengorbanan seorang mak, ibu, mama, apa sahaja panggilan kepada orang yang telah melahirkan kita. mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk memenuhi keperluan/kehendak kita. pernah tak kita tanya, "kenapa mak buat macam ni?" atau kita buat² tak tahu bila kita dapat apa yang kita mahukan?

dan adakah si mak itu mahu si anak membalas semula pengorbanan mereka itu dengan wang ringgit? kalau korang mempunyai rezeki lebih, berilah..walau segunung intan pun belum cukup untuk kita balas setiap titis darah semasa melahirkan kita tu!

tetapi si mak hanya mahukan, kasih sayang..sedikit perhatian..dan yang paling dia mahukan adalah HORMAT! bukan takut, bukan benci..

apa jua kesalahan dia, singgahsana dia masih nun jauh di atas.. tempat dia antara yang terhebat di sisi ALLAH. dosa dia, dosa dia dengan ALLAH, selagi mana kita taat pada dia, tidak menitiskan air mata sedih, tidak mengecewakan perasaan dia, SYURGA tempat kita..insya-ALLAH..

sungguh besar pengorbanan seorang mak nih.. bukak lah mata, lapangkan dada.. dan bersyukurlah kerana kita masih ada dia untuk MENDOAKAN kita, masih ada untuk kita MEMOHON KEAMPUNAN, masih ada untuk kita MEREBUT TIKET KE SYURGA YANG KEKAL ABADI..

corat-coret : rindu mak..terima kasih mak! gambar mak xde dlm pc, kalo tak, bleh mak glamer 1 dunia! hehehehe

1 comment:

: ikut suka korang :

Blogger Wordpress Gadgets