Wednesday, November 21, 2012

berdakwah di mana-mana, dalam tandas pun boleh!

entah kenapa dengan mentaliti manusia pada masa kini.. ya..aku tahu..sekarang zaman moden..zaman serba canggih.. so, tak salah kan kalau siapa2 sahaja menyebut hal agama menggunakan apa sahaja medium? kalau zaman old school dulu, nak tau pasal ilmu agama kene duduk dalam masjid, dlm surau..kat tv, radio susah..internet ape ntah lagi...rasanya, jika pada zaman dahulu jika ada kemudahan seperti sekarang, mereka juga akan menggunakan  internet ini sebagai medium berdakwah..

tak salah nak menonton video hiburan.. tapi salah ke jika menyentuh bab ilmu agama dlm ruangan komen? berkongsi ilmu..bukan nak tunjuk pandai/alim..at least..dlm 100 org tu, mane tau kot2 ada yang lebih berilmu..dia tlg gtau..kan ke secara tak langsung kite yg bengap nih leh tau tentang satu2 perkara..

ok, kalau tanak amek contoh agama..katakanlah si peah nih taip komen dalam video klip artis A nih..pastu dlm ruang komen video klip artis A nih, ada sorang bagitau yang sepupu artis A nih ada jual kerepek pisang sedap..murah lak tu.. so, secara tak langsung, org2 lain yang dok tgk video nih dpt tau kerepek pisang sepupu artis A nih sedap giler..maka, ramailah orang membeli kerepek beliau..makin ramailah pelanggan sepupu artis A nih dan makin untunglah beliau...see? secara tak langsung, ornag dpt menikmati kerepek pisang yang murah dan sedap, sepupu artis A ramai pelanggan, dapat untung dan nama artis A pun leh meningkat naik..

jangan kita sempitkan sangat akal fikiran kita nih, asal social network..takleh post/komen pasal agama..kalo video tu pasal lawak2..jangan selit pasal agama..abes tu nak selit celah mane lagik??! celah bedah??!! bedah pon dah tak terselit dah nak ooi..

Islam itu mudah..tapi jangan dimudah2kan..

jangan dipertikai ape keburukan orang..baik masa silam, atau keadaan semasa..sebab tiada manusia yang sempurna..kita bukan Nabi yang maksum.. dan jangan kita menghakimi orang lain atas dosa-dosa silam mereka..mana tahu mereka menjadi lebih baik dr kita yang ada sekarang.. kita tidak tahu apa pengakhiran kita..

kalian pernah dengar tentang pelacur yang masuk syurga kan..kerana apa? hanya kerana dia memberi air kepada anjing yang dahaga..Subhanallah.. Allah itu Maha Berkuasa..

kerana dalam keburukan yang dilakukannya ada amal kebaikan yang mungkin kita sendiri tak buat!

cakap banyak2.. better aku  paste sebuah hadis.. fahami lah hadis tersebut..segala persoalan akan terjawab..

"Demi Allah yg tiada Tuhan selainNya, ada seseorang di antara kalian yg mengerjakan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta sahaja. Kemudian dia ditakdirkan oleh ketetapan Allah lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka dan dia masuk neraka.

Ada di antara kalian yg mengerjakan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta sahaja. Kemudian dia ditakdirkan oleh ketetapan Allah lalu dia melakukan perbuatan ahli syurga dan dia masuk syurga."

(H.R. Bukhari dan Muslim)

sekian, SAVE PALESTINE, SAVE SYRIA

5 comments:

  1. mungkin sbab kdg2 org tgk sejarah kita pnh wat silap,trus d cop kita xlayak beri teguran..

    ReplyDelete
  2. Kita hari ini adalah sisa- sisa dan hasil daripada pemikiran masa lalu dan tidak semestinya pemikiran itu datang dari sendiri dan boleh jadi ianya datang dari pemikiran yang wujud disekeliling kita

    TintaABC/Fazlihaj

    http://fazlihaj.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Antara Benda yang boleh menghubungkan sesama manusia adalah MEMORI.Jika memori itu MANIS dan indah maka ianya kan tersemat sebagai hiasan diri,Jika ianya BURUK maka ia akan tersemat sebagai Perasaan BENCI.

    TintaABC/Fazlihaj
    http://fazlihaj.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasaan benci 2 sebenarnye hembusan dari syaitan..
      kite bace kisah Rasullullah dimana beliau tidak pon membenci umat2nya yg tdk mhu mnerima jrn yg bliau bawa.. memori buruk adalah sesuatu yg kite gunakan sebagai pnglmn tok jdi yg lbh baik sbb ia mngjr kite n org sekeliling

      Delete

: ikut suka korang :

Blogger Wordpress Gadgets