Tuesday, March 4, 2014

Cuba try test

Baru try app blog away.. so boleh update blog dr henpon.. kadang2 idea nk menulis datang tiba2..

Daa..


Posted via Blogaway

Monday, May 6, 2013

PENGALAMAN MENGUNDI PERTAMA KALI DITEMANI SUAMI DAN ANAK-ANAK

lama giler tak update blog..keje makin bertambah, masa kian suntuk..sebab sebok mengadap fb..
so, semalam adalah kali pertama kali aku mengundi, walaupon umur aku sepatutnya telah layak utk kali kedua..  ape tak nye, dah masuk umur 21 tahun, tak mendaftar untuk mengundi.bila terpaksa ke kursus di BTN, terpaksalah daftar undi..siap kene sound lagik.. suami pon sama.. oh kami berkursus di BTN sama2, inai masih merah di jari jemari okeh..

berbalik kepada pilihanraya, aku terpaksa membawa 2 orang tentera kecil aku, pengasuh balik mengundi ler..ate.. pada awalnya nak naik motor jer..senang nak parking.. tp bila tgk cuaca agak mendung, so bawak kereta ler. agak jauh lah parking. oh, aku mengundi di Sek Ren Agama BT9, Cheras. alamat dlm ic letak umah MIL aku, so, takyah susah2 nak berpisah denagn suami dan anak-anak..wakakkakk..

Dun Kajang, Parlimen Langat. tak kesah lah ape pon yg aku pangkah atau korang pangkah, aku dpt saluran 5 kategori belia.. wah..terasa muda..tp dlm barisan aku, aku n satu lagik pasangan beratur membawa anak..yg lain single mingle jer. terasa tua plak..huhuhuhu.. so, lepas mendaftar, beratur lah di saluran 5, dengan memimpin shaza 2 tahun 10 bulan dan si suami mendokong safiyya 10 bulan. 

dengan cuaca yg agak panas, beratur lah..mujur ada sahabat suami yg sama2 beratur..ada lah teman nak berborak..kalo kami jer tadik..sepanjang beratur, mau habes cerita hal rumah tangga.. luar dalam cerita..

dalam sejam lebih jugaklah beratur, alhamdulillah safiyya tak cranky, dan encik azrul aminur rashid a.k.a JACK yang rajin layan shaza...main cop tiang lah, main kucing lah.. jack oh jack..

safiyya sedap mentido hampir sepanjang masa, walau dalm panas dan berpeluh2.. seb bek beratur kat bawah bumbung, redup.. sampai kat muka pintu sebelum mengundi, baru dia bangun.. take turn dengan suami, dia gi membuang dulu.. ish..buang undi.. pastu, diikuti encik jack dan menyerahkan safiyya n shaza pada baba mereka.. kemudian aku plak..

pergh..nebes giler! macam nak amek exam..spm pon tak nebes cegini..huhu.. skang punya trend mengundi kene calit dakwat kekal.. takde kekal mane pon.. balik dr mengundi terus try basuh.. mula2 suami basuh guna tinner, tak jalan..pastu pakai clorox..hilang semua..ada sikit2 jer kat celah kuku.. aku pon tonyoh guna clorox, ilang semua.. siap bibik sebelah umah ckp aku tak mengundi.. hahaha..

BASUH JARI SEBELUM KOREK HIDONG..INI LAH PADAHNYA..


so, keputusan dah pon diketahui..tahniah kepada pemenang.. apepon yg anda lakukan, ingatlah..bersangka baiklah dengan perancangan ALLAH..

moto baru sy.. SAYANGI RASULULLAH S.A.W, YAKINI ALLAH S.W.T

Wednesday, November 21, 2012

berdakwah di mana-mana, dalam tandas pun boleh!

entah kenapa dengan mentaliti manusia pada masa kini.. ya..aku tahu..sekarang zaman moden..zaman serba canggih.. so, tak salah kan kalau siapa2 sahaja menyebut hal agama menggunakan apa sahaja medium? kalau zaman old school dulu, nak tau pasal ilmu agama kene duduk dalam masjid, dlm surau..kat tv, radio susah..internet ape ntah lagi...rasanya, jika pada zaman dahulu jika ada kemudahan seperti sekarang, mereka juga akan menggunakan  internet ini sebagai medium berdakwah..

tak salah nak menonton video hiburan.. tapi salah ke jika menyentuh bab ilmu agama dlm ruangan komen? berkongsi ilmu..bukan nak tunjuk pandai/alim..at least..dlm 100 org tu, mane tau kot2 ada yang lebih berilmu..dia tlg gtau..kan ke secara tak langsung kite yg bengap nih leh tau tentang satu2 perkara..

ok, kalau tanak amek contoh agama..katakanlah si peah nih taip komen dalam video klip artis A nih..pastu dlm ruang komen video klip artis A nih, ada sorang bagitau yang sepupu artis A nih ada jual kerepek pisang sedap..murah lak tu.. so, secara tak langsung, org2 lain yang dok tgk video nih dpt tau kerepek pisang sepupu artis A nih sedap giler..maka, ramailah orang membeli kerepek beliau..makin ramailah pelanggan sepupu artis A nih dan makin untunglah beliau...see? secara tak langsung, ornag dpt menikmati kerepek pisang yang murah dan sedap, sepupu artis A ramai pelanggan, dapat untung dan nama artis A pun leh meningkat naik..

jangan kita sempitkan sangat akal fikiran kita nih, asal social network..takleh post/komen pasal agama..kalo video tu pasal lawak2..jangan selit pasal agama..abes tu nak selit celah mane lagik??! celah bedah??!! bedah pon dah tak terselit dah nak ooi..

Islam itu mudah..tapi jangan dimudah2kan..

jangan dipertikai ape keburukan orang..baik masa silam, atau keadaan semasa..sebab tiada manusia yang sempurna..kita bukan Nabi yang maksum.. dan jangan kita menghakimi orang lain atas dosa-dosa silam mereka..mana tahu mereka menjadi lebih baik dr kita yang ada sekarang.. kita tidak tahu apa pengakhiran kita..

kalian pernah dengar tentang pelacur yang masuk syurga kan..kerana apa? hanya kerana dia memberi air kepada anjing yang dahaga..Subhanallah.. Allah itu Maha Berkuasa..

kerana dalam keburukan yang dilakukannya ada amal kebaikan yang mungkin kita sendiri tak buat!

cakap banyak2.. better aku  paste sebuah hadis.. fahami lah hadis tersebut..segala persoalan akan terjawab..

"Demi Allah yg tiada Tuhan selainNya, ada seseorang di antara kalian yg mengerjakan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta sahaja. Kemudian dia ditakdirkan oleh ketetapan Allah lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka dan dia masuk neraka.

Ada di antara kalian yg mengerjakan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta sahaja. Kemudian dia ditakdirkan oleh ketetapan Allah lalu dia melakukan perbuatan ahli syurga dan dia masuk syurga."

(H.R. Bukhari dan Muslim)

sekian, SAVE PALESTINE, SAVE SYRIA
Blogger Wordpress Gadgets