Tuesday, October 27, 2009

SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI

terima kasih atas sumbangan dr emel seorang sahabat...Mohd Rozaidi bin Mohd Nor

SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari,

“Terima kasih, suamiku SAIFUL RAFIQIN BIN SELAMAT.. Engkau terbaik untuk diri ini.”Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”

MANCHESTER UNITED HATERS


HAHHAHAHHAHAHAHHAHAAAAAAAAAAAAAAAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHHA

Monday, October 26, 2009

LOSER LOSER MAN UNITED!!!

ahhaha..hari nih hari paling bahagia dlm hidup aku coz MANCHESTER UNITED KALAH 0-2 dengan liverpool..heheh...seronok giler aku rase..pastu pagi td mase mak gi keje, hubby aku siap tanggalkan banner MU kat blakang kete..ni perbualan kami pg td..
hubby kaler merah
aku kaler biru (coz aku peminat chelsea)

tak de mood lah nak gi keje
nape plak??
(pastu toleh belakang)
aik, apesal turun kan banner tu?
semak lah..susah nak tgk belakang, tu pasal sy turunkan ..macam tu kemas sikit..
(dia letak banner tu blakang bantal U aku)
yer lah..dah kalah malu lah tu
ne ada...jgn lah..saya tak de mood nih..
sayang, kalo mu kalah, sayang dpt ape??
malu..
kalo mu menang, sayang dapat ape?
kepuasan!!
haah!! kepuasan tu leh tukar jd duit ker?leh bagi amkan ker?leh kenyang ker??
(tunduk manja..tu perkara biasa antr aku n hubby..konon2 majuk lah tu..)
ei sayang nih..yer lah..yer lah..

pastu dlm kete dgr lak hotfm..
tetibe hubby aku sound..

ak alah..da kalah diam2 jer lah..tak yah lah nak kecoh2 bgtau kalah..buat malu kaum MU jer..

aku gelak lagik..kali nih lagik besar..

yang awak marah sangat nape??sayang..sayang...

tu jer lah perbualan antr kami..kang lebih2 aku sound, mau jalan kaki gi keje..hehehe..
ape pendapat korang ttg hal bola nih??

Friday, October 23, 2009

bicara utk sang pencinta...

Malam indah ini sayang
Tatkala rembulan mengambang penuh
Ku lihat cahaya indah itu seolah tersenyum padaku
Tatkala itu fikiran aku hanya terkenang padamu

Sayang,
Saat pertemuan kita hanya ringkas
Tiada candle lite dinner
Tiada ros merah
Tiada apa yang istimewa..
Hanya di pusat bowling

Namun,
Hati ku terpaut pada keikhlasanmu
Kejujuranmu
Keperibadianmu
Segala-galanya tentang dirimu..
Sungguh!!

Kini,
Kasih telah membuat kita di awangan
Sayang telah buat kita sering merindui
Cinta senantiasa meniti di bibir kita
Menjadi madah indah yang wajib di ucapkan

Namun,
Ku tak mahu ia hanya seketika
Kau juga tak mahu diriku tiada
Kita saling menyayangi..
Kita saling merindui
Kita saling mencintai
Ku tak mahu berpisah darimu
Kau jua tak mahu berpisah dariku

Duhai kasihku,
Janjilah padaku yang kau takkan pergi
Pergi meninggalkan diri ini
Janjilah padaku bahawa ku akan kau sunting
Menjadi permaisuri hidupmu
Yang senantiasa di hatimu
Yang selalu ada di sisimu..

Hanya itu doa ku..
Dan ku harapkan doamu jua begitu..
Insya-ALLAH…

ILMU UNTUK PARA ISTERI DAN BAKAL ISTERI..

30 Luahan Perasaan Suami.

1.”isteriku, Iktitraflah kelakianku”
2.”Isteriku,Jagalah Rumahku”
3.”Isteriku, Janganlah Leteri aku”
4.”Isteriku, Fahamilah Perasaanku”
5.”Isteriku, Berbincanglah dengan ku”
6.”Isteriku, Hiasilah Dirimu”
7.”Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku”
8.”Isteriku,Hargailah pemberianku”
9.”Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak”
10.”Isteriku, Jagalah Makan Minumku”
11.”Isteriku,Jagalah pakaianku”
12.”Isteriku , Didiklah Anak-Anakku”
13.”Isteriku, Raikan Keluargaku”
14.”Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran & Kelebihanmu”
15.”Isteriku, Janganlah Membuang Masamu”
16.”Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah”
17.”Isteriku, Patuhlah Kepadaku”
18.”Isteriku, Janganlah Cemburu Buta”
19.”Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu”
20.”Isteriku ,Iktiraflah Kepimpinanku”
21.” Isteriku, Bantulah Kejayaan ku.”
22″Isteriku,”Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia”
23.”Isteriku, Permudahlan Penglibatan Sosial ku”
24.”Isteriku, Janganlah Boros”
25.”Isteriku, Hargailah Kejayaanku”
26″Isteriku,Galakkanlah Hobiku”
27.”Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku”
28.”Isteriku,Berjimat Cermatlah”
29.”Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku”
30.”Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku.”

Thursday, October 22, 2009

sekitar majlis nikah n sanding abang awie@sopin II
































































sekitar majlis nikah n sanding abang awie@sopin

























































































































pekan rabu, cendol, abc dan....


ni mase hari ke2 kat kedah, pi pekan rabu.pas jer majlis sanding kat umah pompuan, petang tu pas asar aku n sedara2 termasuk my hubby (of course..pemandu peribadi..hehe), ibu mertuaku dan adik ipar (yg sebelah aku pakai tudung kaler hitam - cun x?cun x? ar..tgk kakak ipar lah!!huhuu)..

aku beli kismis, (mr sepul ckp kene makan kismis tiap2 pagi utk memudahkan dapat zuriat..tips nak mengandung lah tu), pastu beli jajan2 lah..dan kalo tak beli nih mesti tak sah, kene beli jugak..ikan sepat pekasam..oooi..sedap siot!!goreng pon sodap..(cam mak mertua ku ckp denagn dialek nogori dio)..

then, kitaorg makan dan minum kat bawah tu, yg kat nasi ayam popular kat pekan rabu nih..asalnya nak makan nasi ayam (walaupon aku baru makan nasi masa kat kenduri td)..tp tutup lah pulak..kate mmg tutup awal..so, kebetulan ada jual abc n cendol kat ctu..hentamlah, asal aku kenyang..aku order abc n tomyam daging..hubby aku makan bihun sup n cendol..

pergh meleleh siot tomyam dia..tak pedas sangat..tak masam sangat..ok lah..yang sedang2 saja..lalalala..nyanyi lah plak!!

pastu kitaorg pon gerak ke menara alor setar..sampai2..ingatkan bleh naik rupanya tak...

ok lah..saje cuci mata..tp yang aku nak komplen sket nih satu jer..jaga2 org kedah..cek nak habaq mai pa dia yang kureng kat kedah nih..

sampah sarap bertaburan kat kawasan menara tu, bak kata member aku..kotoq!!pastu ada makcik n pakcik jual rojak kat situ, sombong giler..mentang2 lah kami ni org luar, dia boleh buat derk jer kiatorg tanye cik ada rojak tak..pastu leh plak ckp nak bape?dgn nada marah dan meninggikan suara..seb bek mase tu teringin..kalo tak, dah kene hambur dah..heheh..so aku upload lah gambar2 yang ke pekan rabu tu..next n3, aku upload gambar kenduri plak..jeng..jeng..jeng..




aik? nape apiz??terkojut ko?



hah..amek!!


layan siot tomyam nih..



saiful: makan weh apiz, mak aku payung..dun wori..

apiz: la, awat tak habaq awai2..leh order yang lain nih..heheh



lihatlah muncungku...



sarafinas - adik ipar aku..cun tak??cun kan macam kakak ipar dia..hehehe





bakal tunang kakak sepupu mr sepul - nama pendek shah, nama panjang shah rukh khan..

org kampong keh nih weh..jerantut


adik2 apiz, sorang nama putri, sorang algik..aku lupe lah..heheh


sedut bu, jgn tak sedut..panjang muncung mak mertua aku nih sedut bihun tu..heheheh..jangan marah ar...





nih lah kakak sepupu mr sepul, nama pendek kak ira..nama panjang????




















kat padang besar, hari terakhir kat utara malaysia..


























Blogger Wordpress Gadgets