Wednesday, December 30, 2009

KISAH SAYANG....

IKHSAN DARI EMEL SEORANG RAKAN SEPEJABAT..

menitis air mata aku bace nih..sob..sob..sob..


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda
daripada aku. Suatu hari, untuk men-dapatkan sehelai sapu
tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku
ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami
berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding.
Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa
lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam
mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang
lantai. "Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah
rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk
melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.


Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua
belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan
kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam
tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit
menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah
puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri.
Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar
kelak?"


Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.
Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami
ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya
tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat
hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik
segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah
berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu
membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah
kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.
Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan
aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat
pra-universiti.


Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah
bersama ibu di ruang tamu. Aku ter-dengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran.
Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya
bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana
kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah
adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan
ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"


Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain
pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik
dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi
adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup
muka dan menangis. "Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah
terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan
lakukan!"


"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan
dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,"
aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang
bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang
berhenti."


Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada
dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh
yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata,
terdapat sehelai kertas yang
tercatat.... . "Kak...untuk dapat peluang ke universiti
bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat
akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah
termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang
menggunakan air matanya memujuk ayah.


Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik
menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik
berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan
simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang
datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak
lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak
kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku
terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup
tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi.
Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada
pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku
bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,
"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni,
saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun
tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air
mataku yang tak dapat ditahan-tahan.


Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu
konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak
seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk
bersihkan rumah sambut sayabalik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia
pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku
menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka
pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh
kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan
menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa
tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja
keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu.


Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang
usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang
lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah
adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku
memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya
ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.


Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani
setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan
seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"


Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak
saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang
langsung tidak ku ingati. "Semasa sama-sama bersekolah
rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari
tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai
kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada
saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah
saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan
calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada
diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan
kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai
bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin,
mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Tuesday, December 29, 2009

tak salah kalau kita kata kafir itu mmg syaitan durjana!!

pagi nih aku terima emel dari seorang sahabat di opis..emel tu berbunyi "budak sekolah st.agustine, betong, sabah@sarawak ajuk org ISLAM sembahyang dalam gereja..

tgk tajuk aku dah hangin..tp video yang aku terima tak boleh bukak plak..dan aku mintak maaf, aku tak dpt upload coz video tu mmg tak boleh bukak.then, ptg nih mbr aku dapat bukak kat komp dia..dptl;ah tgk..memang celaka betol budak2 kristian tu!!sorang azan, pastu dlm pat lima org ajuk solat kita, yang sorang pompuan siap pakai kain kaler putih konon2 telekung, pastu gelak2, terkinja2..dah macam babi kene sembelih!!

geram nyer aku!!!!korang kalo nak tgkl video tu aku rase dlm you tube ada kot..tolonglah, kalo sesape ada kengkawan yang bukan ISLAM, ckplah kat dorang..jgn dihina kita nih..kita tak pernah hina dorang!! sok luse tanggunglah akibat nyer!!

Friday, December 18, 2009

Malaysia memang boleh!!!

"jika kau fikirkan kau boleh, kau tentu boleh melakukan.."
"jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan.."

tu adalah bait-bait lagu yang sentiasa berkumandang bila rakyat Malaysia melakar sejarah..

17 disember 2009 menyaksikan kemenangan pasukan bola sepak bawah 23 (lelaki) di sukan sea di Laos..(kenape ayat aku agak skema yer??)

so, petang tu aku n hubby cepat2 balik coz tanak ketinggalan game paling bermakna sepanjang tahun..
dalam dok layan game tetibe hujan lebat daaa..aku yg pakai astro pe lagik..tak dapat lah..
dlm 5 minit gak lah..da reda sket ujan aku on balik, baru dpt..alhamdulillah..dah 45 mnt game pon..tp still ada masa tambahan..takat first half, still seri 0-0..kuciwa..coz game agak menyengat..aku n hubby tensen ngan player stricker nae fakri tuh..cam sengal jer..ko stricker tp main takut2..ape lah..

so, msk second half, lagik semangat kami tgk..sambil terjerit2..laki aku banyak kali jap bangun..jap duduk..nak nak time da dekat pintu gol..tp seb bek 2nd half nih corak game dah ok sket..banyak menyerang..tp aku dah gelisah..si zaquan pe sal tak masuk lagik..aku taw dia sakit mata..

tp tak lame lps tuh zaquan masuk, baru lah tgk game layan sket..hehehe..banyak kali pasukan malaysia cuba membolosi pintu gol vietnam tp tak berjaya..

tp akhirnya, malaysia berjaya menjaringkan gol!!itu pun, jaringna gol sendiri..ah..tak kesah lah..janji menang..pastu mula lah serangan bertubi dr vietnam..tak dinafikan stricker vietnam kuat jugak..mase gol tuh, laki aku terlompat2..same lah ngan aku..dr dapur berlari kedepan...tetibe peluk laki aku..hehehhe..

n mase pengadil tiup wisel tamatnya masa perlawanan, kitaornag menjerit kegirangan, n aku tetibe terasa terharu sgt2..sambil menitiskan air mata..walaupon aku tak tgk pon game tahun 1989, tp aku rase ini lah penantian yang rakyat malaysia tgu2 selama ini!!

dan mase lagu Negaraku berkumandang di stadium nasional Laos, dan para pemain serta rakyat malaysia yang ada kat situ menyanyi sekali, lagik sekali aku menitiskan air amta..terharu sgt2..aku adalah seorang peminat bola sepak..dr kecik..jd bila kita dpt pingat emas selepas 20 tahun!!!sape tak terharu beb..brader2 yg tgk kat mapley tu pon konpem tangkap leleh!!!caya lah ckp den...

apepon..DUM DUM DUM DUM DUM DUM MALAYSIA!!!!!!!!

Wednesday, December 16, 2009

cerita tentang tudung..isteri yang tuli, pekak dan bisu..

Kisah benar dari seorang hamba di Malaysia..dipetik dari www.surau.ladang.net

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

Tuesday, December 15, 2009

Sejarah Mungkin Berulang..

Semalam rugi sesangat sape yang tak tengok semi final bola sepak lelaki sukan sea di Laos. memang gempak. walaupon ada gaks kelemahan di bahagian pertengahan padang..

separuh masa pertama, malaysia mendahului dengan 1-0. di jaringkan oleh badrool..baru umur 22. muda kan..heheh. then, masuk mase kedua, Laos banyak baut serangan..bertubi2..takoot siot!tanpa disedari, Laos menjaringkan goal penyamaan.. seb bek ada lagik 20 minit.

sebelum nih, Malaysia banyak defend..tak banyak serang..tapi bile dah Laos gol, terus Malaysia bangkit, serangan demi serangan dilakukan..akhirnya, dapatlah satu lagik gol..dalam mase singkat selepas gol kedua, malaysia menjaringkan gol kejuaraan..melayakkan Malaysia ke Final..

aku rase kalo orang sebelah umah aku nih tak menjerit gol jugak..mau malu aku laki bini..yer lah..excited dowh..Malaysia tuh..aku rase bergegar umah aku semalam aku ngan mr sepul jerit golllllll...hahahha..siap lompat2..tapi aku tak lompat sangat..kang bergegar plak baby kat dlm nih..hehhe..sori baby..ummi terlebih sudah..

seb bek dapat tgk live..kalo takde lah TM yang taja penyiaran tu, mau frust giler rakyat Malaysia nih..pas nih Final plak..yang akan bertemu Vietnam..Vietnam nih bleh tahan gaks..tp aku percaya MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!

Wednesday, December 9, 2009

contest "aku cinta kau dan dia"

di ambil oleh amatur jer..kamera pon bese2 jer..tak canggih mane pon..tp aku suka gambar nih menunjukkan rasa cinta yang mendalam..
mase nih bukak pose ngan member2 (tahun 2007). mase tu aku baru jer kapel ngan sepul (skang dah jadik suami aku)..anak yang di dokong tu anak kepada rakan karib sepul.harith iskandar nama baby tu. sangat comel..menjadi kegilaan member2 aku.
kenapa aku kata ini adalah cinta..sebab mase aku aku tgh hot bercinta dgn sepul..dan org tua penah kata, kalo nak carik suami/isteri yang baik dia mesti suka dengan budak2..mase tu aku tgk sepul sangat senang dgn iskandar, dan dia sangat suka pada budak2..mase tu aku rase heaven falling straight to my feet..
dan rupanya, dia pon menilai aku macam tu..nak tgk aku nih senang tak dgn budak2..alhamdullilah..berkat doa dan kesabaran, jodoh kami berakhir di jinjang pelamin..dan akan ku jaga hubungan cinta ini kekal hingga ke akhir hayat..
dikaulah cintaku dunia akhirat...

Thursday, December 3, 2009

terharu..ada denyutan nadi dalam rahimku..

salam, giler awal aku update blog..tak sabar nak kongsi pengalaman yang aku kira sangat berharga..petang semalam aku kene gi sepital kajang utk appoiment di klinik pakar ibu dan kanak-kanak..appoiment tu kul 2 pm, tp aku sampai terlambat sket dlm kul 2.30 coz mase kat opis kete aku kene blok..pastu kete yang blok aku tak tinggalkan no, handbreak dai tarik..geram tol lah..pastu kete lagik satu, bile kol tak jawab2..tensen dah nih..dah mengabehkan setengah jam mase aku kat situ...eh pesal citer pasal parking lak nih..huhu..

then, pas pendaftaran, aku masuk lah ke klinik tu..ramai nyer orang..aku rase turn aku lambat lagik nih..tgu punya tgu, sampai kejang otot2 pinggang aku, barulah nama aku kene panggil utk scan..tau kul bape??kul 4.45pm..bayangkan aku sampai 2.30, kul 4.45 baru name aku kene panggil..rupanya nama aku terlambat coz ada kes sblm aku kakak tu ngandung luar rahim, doktor kene check banyak kali..cian kakak tu, dahlah datang sorang...meleleh air mata dia..aku tgk kat kain sepital(kaler pink) tu dah ada darah..tetibe aku rase takut sangat..sihat ker tak kandungan aku nih..

pastu doktor pompuan cine, aku lupe nama dia, dr ng tak silap aku, ty aku serba sedikit sebelum aku di scan..dalam 5 minit tgu, (tgu lagik) barulah aku dipanggil baring atas katil..takkanlah baring atas lantai yer dak??..utk scan kat bahagian bwh sket dr tummy..pastu doktor tu ckp..
"ha..tu nampak dah..nih rahim awak(sambil tunjuk kat skrin monitor tu), "
"ni kantung anak, yang kaler gelap nih..baby awak yang kaler putih dlm nih (yang kaler gelap td tu)..tp tak nampak lah jantung anak, kita scan ikut bawah bleh..?"
"boleh lah.."

bile dah scan ikut bawah tu, barulah nampak dengan jelas baby aku, walaupon kecik jer..berukuran 1.06cm..pastu yang membuatkan sangat speechless, bile aku doktor tunjuk jantung anak aku yang berdegup laju..
"yang gerak laju2 nih (sambil tunjuk kat monitor), tu lah jantung dia..laju nyer..nak lari mane tu.."
"ya allah.."
"boleh print tak doktor"
"kecik lagik lagik, kalo print tak nampak sangat..tgu nanti da besar sket, dah ada tulang, baru print..mase tu dah cantik sangat.."
"ok lah kalau macam tu"..
"tgu kat luar yer, misi akan bagi buku nih balik, dan awak tak perlu datang ke sini lagi..kandungan awak dah ok..normal.."
"terima kasih doktor"

mase tu aku hampir menitiskan air mata,tp tahan..kontrol cun lagik..mr sepul tgh tgu kat luar..dah selesai amek timeslip, amek buku aku balik, aku pon jalan ke kereta sambil dipimpin tangan oleh mr sepul..

"tadik bie dapat tgk jantung baby..laju sangat..teharu bie..(sambil nangis)"
"syukur alhamdulillah..semuamya selamat..nape nak nangis.."
" yerlah, terharu..ada denyutan nadi dalam rahim bie..tak dapat bayangkan perasaan bie skang nih.."
"patut saya lah nangis..bie dapat tgk..saya tak dapat tengok pon..dah dah..tak mo nangis..nanti baby ikut nanti.."
"ok..ok.."


Kebengangan aku terlerai bile ditunjukkan kuasa Allah..

Ya Allah, bahagiakan lah kami sekeluarga..berilah kesihatan yang baik kepada kami..sempurnakanlah fizikal anakku, sempurnakanlah akalnya Ya Allah..

baby, tak sabar ummi tak tgk dia membesar..sayang dia...

Wednesday, December 2, 2009

buku merah..

hari nih usia kandungan ku dah genap 2 bulan. so, aku kene wat buku merah (buku tok ibu mengandung tu lah..)..aku kene wat coz petang nih aku kene gi checkup kat sepital kajang..kene scan coz mase awal2 dulu ada problem..

awal pagi lagik aku dah tercongok kat poliklinik komuniti batu 9 cheras.bahagian klinik ibu dan kanak-kanak. takkan klinik gigi plak..adoi!!seb bek awal, aku dapat tpt ke4..dlm kul 7.30 klinik tu dah bukak, cepat amek nombor then baru ty kat misi (nurse, mak aku dah bese panggil misi..ehhe), kalo baru nak wat buku merah nih macamane ek?then, dia pon bagi lah 3 jenis benda utk aku isi..ada 2 buku kaler merah n sekeping kertas.isi nama, no ic, nama suami, alamat dll.

dalam kul 8.10, nombor aku dipanggil..5004..tp yang aku heran kat sane still pakai no. yang ditulis atas kertas..aku tak pasti tujuan nyer..ah tak pelah tak kisahlah..so kene lah check tekanan darah, timbang berat, tinggi..berat aku?47.6kg n ketinggian aku 159.2 cm. ketot kan..hehhe..then, kene tgu utk amek darah n air kencing..tak sakit pon..sbb aku dah bese derma darah sblm nih..

dah amek kencing ngan darah tu gi lah plak makmal..tgu result kejap jer then gi plak bilik utk pemeriksaan. check p***d*** utk tgk ada bengkak atau tak..takut bengkak ketumbuhan, bahaya..pastu dia tulis cket2 kat buku tu, bagi aku senarai ubat utk vitamin. pegi lah ke farmasi utk amek ubat tu. pon tak sampai 5 minit, nombor aku dah dipanggil..so semua proses hanay mengambil masa 1 jam setengah..alhamdulillah..tak lah lama yang terlampau..

so, next checkup 30 disember.mase tu kandungan aku dah 3 bulan..tak sabar rasenye nak usap perut yang kian membesar..

doa2kan lah suapaya kandungan dan ummi dia sihat ek..daa
Blogger Wordpress Gadgets