Friday, March 25, 2011

Cupcake yang sedap...

aku nak gak kapkek nih..tak kira..hahah..aku dah penah rase dah kapkek buatan chel nih..sedap..mber aku yg keje putrajaya pon bleh order (mase tu chel nih kat jb lagik)..dia pon kate, service baikkk punyer n sedap hingga menjilat siku..sila lah..kapkek nih skang dah ada di KL coz makcik nih dah keje sini..ape2 tgk di blog dia http://cuppies4you.blogspot.com

***

Giveaway by CUPPIES4YOU


Giveaway prize:
A box of SIX (6) large size Red Velvet Cupcake (RVCC)
for FIVE lucky winners!

So, how to be a winner in this GA? Caranya mudah saja.

  1. Copy & paste (blog ni tak boleh 'right click' - maka anda kena tekan button 'ctrl' dan 'c' serentak untuk copy, kemudian 'ctrl' dan 'v' untuk paste) bermula part *** kat atas ni ke dalam blog anda dan jadikan sebuah sticky post sampai tarikh tutup GA. Bermula 23 Mac 2011 dan akan berakhir pada 31 Mac 2011 tepat jam 11.59 malam. <-- secara tak langsung, GA ni terbuka kepada mereka yang bergelar blogger sajalah
  2. Jangan lupa letak link blog ni http://cuppies4you.blogspot.com ke dalam entry anda.
  3. Letakkan link/URL blog post's anda di dalam comment box entry ini sebagai bukti penyertaan.
  4. LIMA (5) lucky winners akan dipilih secara rawak melalui kaedah cabutan bertuah (kami akan guna sama ada random.org ataupun cabutan nama secara manual).
  5. Pemenang akan diumumkan pada hari Isnin 04 April 2011.
  6. Para pemenang perlu collect hadiah pada hari Sabtu 09 April 2011. <-- ni penting kepada mereka yang nak join ya? Kalau rasa tak boleh nak collect atau wakilkan sesiapa untuk collect hadiah, tak payah le masuk HE HE HE. Bagi chance pada mereka yang betul-betul available untuk collect hadiah pada tarikh yang telah ditetapkan

****

Monday, March 21, 2011

welcome to my world..

today aku nak stat citer pasal kehidupan aku..huhu..dr kecik sampailah ke besor..dah jadi mak orang..

aku lahir di sepital kuala kubu bharu, aku dok kat ulu yam sampai umur aku 5 tahun..pastu aku pindah kat kuang, batu 1*..haha..ko ingat aku nak gtau???ada sorang blogger jiran aku..dulu lah..nama dia..pehal aku nak citer pasal dia plak..
dush..dush..tumbok kepala sendiri..benjol sudah..
"dasar bengong!"
"sape?!"
"kau lah!"
"aku plak!"
hati dan fikiran saling bergaduh..wakakakak..

#########

aku masuk tadika lmbt sket, sbb kuarga aku miskin, adik beradik ramai (mase tu adik beradik aku dah mencecah 5 org, aku yg ke-4)..mase dulu2 ada tadika kemas..skang dah takde dah..kat kg gombak..(aku google kat tenet, takde langsung!huh!)..tau ape jadik ngan tadika tu skang?jadik bengkel motor..cis!

balik pada citer aku, mase aku tadika dulu aku ada kawan baik, nama dia IJA dan IJOI..saje kasi highlight, mane tau kot2 jejak kasih plak ke..ahaks!!windu same korang..aku dulu mase kecik rambut pendek..cam jantan mak aku ckp..leceh lah rambut panjang, nak kene tocang..dah sakit kulit kepala kalo kene ikat, ikat mesti kene kuat, kalo tak kejap jer, dah longgar..huhu..

kami bertiga nih rapat gaklah..slalu main2 pas balik tadika, dorang nih jiran aku, umah ija n ijoi dekat, aku jauh sket..tp semua itu tak menjadi penghalang...main punye pasal..10 batu pon takpe..btw, ijoi nih agak lembut..dr kecik dah nmpk 'kelembutan' dia, kami berdua yg agak kasar..haha..

kitaorg slalu sakat si ijoi, penah skali tu, mase nak balik tadika..kan kalo kat tadika sebelum balik, cikgu mesti bagi ujian..besenya ujian matematik.aku mmg teror (dulu) dlm matematik..skang dah lembab..haha..otak dah karat..
cikgu kata "sape nak balik, kene jawab soklan dulu"
haha..siaplah budak2 nih, aku kejekan..cikgu tu berkata dlm hati..mane aku tau?sebab terpancar senyum kambing kat muke cikgu tu..
aku n ija mmg pantas..sekejap jer leh jawab n balik..tapi ijoi pesan suh tgu..sbb dia agak lampi..haha..gelak jahat..

hahah..tanduk dah tumbuh kat kepala, aku n ija pakat nak kenekan ijoi..dia kan lembut..ape lagik, kitaorg pakat menyorok blakang tadika, konon2 kitaorg dah balik dulu, tinggalkan dia..tak lame pastu dia pon kuar ngan budak2 lain..aik, pesal sekejap jer..cam tak ramai yg terer jwb soklan..mesti cikgu tu dah pening, budak tadika nih masih belom cekap cam aku n ija..huhu..aku nmpk ijoi, dia panggil nama kitaorg..pastu tgk kami takde dia nangis..
kitaorg dah berdekah2 ketawa sambil berguling2, tgk dia menangis sambil cangkung..tergosok2 bijik mata, pastu cikgu kuar..
cikgu tanya "nape ijoi?nangis2 nih"
sambil tersedu2, ijoi pon jwb" iya n ija dah tinggalkan ijopi..macamane nak balik?" nangis lagik..
pastu cikgu yg dah tau kenakalan kitaorg jerit.."ija!iya! meh kuar..jangan nak kenekan ijoi nih!"
kitaorg pon kuar sambil gelak2..dengan muka tak bersalah.. terus tarik tangan ijoi ajak balik..
aku toleh kat blakang, tgk cikgu geleng kepala..

korang tau kenapa ijoi nangis sakan mase kitaorg menyorok tu..???next n3 aku citer..

p/s: rindu sgt pd ijoi n ija..complete set..IYA, IJA n IJOI..


Friday, March 18, 2011

nak sedih ke nak gembira??

ada sorang silent reader nih kata..suh aku update blog dengan citer2 sedih...adehlah..kang aku tulis kang, mau tangkap syahdu..nangis guling2..

nak citer pasal gembira..hidup aku biasa2 jer..gembira sebab masih bernafas di muka bumi ini..sumer citer2 gembira aku, aku tulis jer kat blog nih..blog nih dah ibarat diari..cuma atas nasihat seorang sahabat..boleh tulis di blog, tp jgn sampai mengaibkan mana2 pihak..jgn sampai menjatuhkan air muka sendiri..betul kata sahabat itu

nak buat citer lawak??lagik lah aku tak reti..sebab aku bukan pelawak mahupon plawok..plawok..plawok..(penipu dlm bhs ganu)..

apa yang aku coretkan, adalah luahan hati dan minda aku..aku cuma manusia biasa..kadang buat silap..aku tak sempurna pon..stat dah stat dah..kang nangis kang..hahaha

untuk sahabat my silent reader, baco yo lah..mengado nak request itu ini...ingat den nih pencerito ko?penulis skrip??wakakakkakakak..jgn marah ar..nak citer sedih??lagik best citer depan2..konpem akak leleh air mata..mesti akak tak sangka...huhuhu..

last but not least, i love my husband..erk..ape kene mengena nih??(tgh pujuk nih..sila tgk entri sebelum nih..huhu..)

Thursday, March 17, 2011

Tanda-tanda Lelaki Merajuk..

Aku amek entri nih dari Forum Tentang Cinta..saje nak share ngan kekawan..korang penah kene tak??aku..beselah...adat manusia..yg ptg..salah ke tak, kene minta maaf..kitakan isteri..beralah tak semestinya kalah..tp kadang2 tuh..sedih jugak..hurm..nak buat camner..dia lah jantung hati..kerana ALLAH aku turutkan..

Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit Atau Saja Tanak Jawab Call
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok (bagi perokok)
Macam tak pernah dapat rokok setahun...

Monday, March 14, 2011

| saat aku bertarung nyawa..|

tetiba plak rasa nak citer pasal saat/pengalaman aku bersalinkan shaza dulu..
hari jumaat 2 julai 2010, aku terjatuh dr kerusi di ofis, tak sakit pon, mase tu aku mmg dah sarat, dah 38 minggu..aku gi bilik air, takde pape, takde sakit ke kuar darah ke..cam bese jer.. then petang tu gatai gtau en suami, so, dia nasihat gi sepital putrajaya utk check jantung baby..dah sampai sepital, check lah cam bese, dgr jantung baby, ok, normal, then nurse kata tgu doktor nak seluk (seluk tu dia nak check bahagian bawah samada ada bukaan atau tidak).
dalam pada dok tgu doktor yang agak lambat tu, aku ada rasa sakit..(contraction).2 3 kali gak lah..then mase doc datang kata dah bukak 2cm..dia pon suh masuk wad..sebab aku jatuh..dorang nak pantau takut apa2 hal..


then malam tu tidor lah aku di sepital, barang2 sumer mmg dah ada dlm bonet kete, en suami dgn baju keje bawak brg gi wad..dah macam nak bersalin jer rasanya...berderau darah aku..malam tu aku dah start contraction, selang 20minit, bila kene seluk dah bukak 3cm, aku bg msj kat en suami, dia kata dia standby sambil tgk bola dgn budak kcfc kat umah..kesian dia, tak berapa lena tdo..

sabtu 3 julai 2010 - masih belum ada tanda2 nak bersalin..cuma sakit, tp takda kuar darah, bukaan pon still 3cm. tghr tu en suami dtg wif fmly dia, (lupe, mak aku tak dpt dtg coz mase tu adik aku tgh bertarung nyawa kat sepital sbb paru2 berair - buah pinggang tak berfungsi, so aku sendirian bersama suami n keluarga mertua)..makan pon skang nih kene bedal sepuas-puasnya..sampailah ptg en suami dok tgu aku, macam2 citer, suka duka, pegang tgn tanak lps..yer lah, mana lah tau kot lepas tu dah tak jupe..so, ptg tu dlm kul 4 katanya nak pecahkan air ketuban, tgu punya tgu, sampailah kul 7 baru dorang pecahkan air ketuban..kul 7.30 aku disorong ke bilik bersalin..



masa nih baru smpi kat bilik bersalin..en suami saje gatai amek gmbr..oops lupe lak, di Hospital Putrajaya, suami boleh teman isteri dari mula sampai kuar baby kat dlm bilik tersebut..kalo normal lah..
perasan tak en suami pakai baju ape?dia pakai jersi argentina coz malam tu argentina lawan ngan jerman World Cup 2010..haha..dia kata dia akan ingat besday shaza smpi bial2 coz argentina kalah..wakakkakak

sempat lagik possing..peace sayang!

dlm tgu2 tu, aku berborak2 dgn en suami, mintak maaf dan ampun, (tu perkara wajib sebelum bertarung nyawa, kotlah ajal aku sampai masa bersalin..), sambil nangis2, dan dia pon dengan sebaknyer..dia kata "Insyaallah..bie akan selamat melahirkan shaza.."..wah terharunya..lagiklah nangis..uwaaaaaaaa...dlm hati jer..

dalam kul 9.30 malam aku dah stat sakit, selang 5 minit aku sakit, aku pon sedut menantang gas tuh..misi tu kata, kalo sakit sedut, aku pon sedut..cam best jer..lalok jer...gas apakah itu??aku suh en suami panggil misi, dia check, dia kata tak bukak lagik..sakit woo dia seluk2..pastu aku rasa cam tertido jer..oh, btw, adik2 ipar n mak mertua aku dah standby kat luar wad bersalin.pak mertua ada keje malam..tak dpt dtg..

stat kul 12.30 malam aku mula bertarung..aku dah sakit cam nak berak, aku pon teran2..aku ckp kat en suami panggil misi, pastu misi dtg, seluk lagik..dia kata dah bukak besar..dari 3cm ke 7cm terus!!wah..hebat..hahaa..aku dah sakit leh plak misi tu buat lawak..aku mula bertarung..aku push2..laki aku kat sebelah kanan aku tolong aku..pegang tangan??mane ada..dlm citer2 tu menipu jer,..mane bleh pegang tgn, sbenarnya tgn si ibu kene pegang besi kat katil tu n en suami kene pegang bahu si ibu..adehlah..aku pon teran, teran, dan teran..aku ckp tak boleh dah nurse..mase tuh dah ramai dpn aku, dia ckp kesian kat baby, keluar masuk kepala dia nih, en suami dah bg kata nasihat, pujuk rayu sumer lah suh aku push lagik..misi pon suh aku pegang kepala baby, misi tu suh en suami tgk..mmg dia nampak kepala baby..aku siap nangis2 kata "sy tak boleh nurse.." nangis2..pastu kene tengking ngan doctor pompuan, "payahlah macam nih!push lagik..kesian dgn baby tuh!"

pastu dtg sorang doc lelaki, dia tekan2 perut aku supaya keluar kepala baby..then aku ckp lagi.."tak boleh..tal boleh.." pastu aku kene 'PANGGG!!!!!!' en suami aku bg penampar keramat kat aku..dalam sedu tangis, aku ckp.."janganlah marah..."
lepas kene pelempang, aku push sekali jer, sambil perut aku ditekan oleh doc lelaki yg 'besar' tu, kepala baby pon keluar..pergh...legaaaa..semua orang aku dgr, cam fuhhhh...

rehat jap..pastu misi suh push lagik..utk keluarkan habes..kali nih aku push 2 kali..slupp...terkeluar dah baby dia letak atas perut aku..aku nampak..tp blurr..mungkin terlalu penat..tp kenapa...baby aku tak menangis???aku dah rasa lain mcm..tp tak berdaya, masa tu aku hy nmpak en suami diarah keluar, n baby pulak di bawa pergi..

1.27 am baby aku selamat dilahirkan..dalam kelemahan aku ty pada misi tu, baby aku mane?bp berat dia..knp dia tak nangis..misi tu kata, dia ok, cuma tali pusat dia terbelit, berat 2.7, mase tu aku dgr baby aku menangis..alhamdulillah...sambil dok bertanya2 ngan misi tu, dia pon menjalankan tanggungjawab dia iaitu menjahit yang dia potong..huhu..paham2 jerlah..mmg tak rasa sakit pon..aku tak kene jahit banyak pon..pastu aku terus tak sedar...

kul 4 pagi baru aku tersedar, itu pon misi tu kejut suh bagi susu pd baby..aku tgk..baby aku...menitis air mata aku..baru aku tahu macam nih rasanya melahirkan seorang manusia..macam nih lah mak aku rasa..masa tu aku insaf sangat..terlalu banyak dosa aku pada mak..mak ampunkan yah!

sekarang aku dah menjadi seorang ibu..mashaallah..comelnya anak aku..lahir2 aku tgk dah ikut muka bapak dia..hurm..takpe..asalkan dia sihat..nih gmbr2 shaza nur salsabila dlm tph sehari selepas dilahirkan..


shaza 3 jam

shaza 10 jam

shaza selepas 12 jam..

alhamdulillah...inilah bukti kukuh cinta aku dan suami..shaza..ummi n baba syang dan cinta pada shaza..shaza jadi anak yang solehah yer sayang...ummi tahu shaza kuat.."macam ummi dia.." en suami selalu ckp macam tu, thanks sayang..

next entri aku nak cerita ttg pengalaman aku di wad nicu..kenapa???tguuu

ce citer..ce citer..

mari kita releks kan minda keruhkan lidah...he hee

P/S : Sebelum baca ... sila buat exercise untuk lidah dulu ....
Cerita yg bermula dengan huruf K :

KODOK KAWAN KETAM

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,
"Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam ... kenapa?"
Ketam kata, "Kuketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut ... kakakku kata, kalau
kukuku kelurut, kita kena ketiplah!"
Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut,
ku ketip kenapa keluar kudis?"
Ketam ketawa, "Kah.. kah.. kah.. kah.. kih.. kih.. kih.. kih..
kuh.. kuh.. kuh.. kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara
keterlaluan? "
Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakanku?"
Ketam kilas, "Kelakar." "Kelakar ke kurang-ajar? " kata Kodok.
Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat.
"kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok.
Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan."
Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.

Cerita yg bermula dengan huruf C :
COPOT CAHABAT CIPUT
Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. Ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput cam copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. Cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. Cahye cerah cube culik copot.Ciput cangat cuak.. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cahye cerah cempat culik copot. Copot cangat cuak. Ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. Ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahye cerah cucah cari ciput came copot. Ciput cakap came copot, "chuuu...chuuu... cenyap.... cenyap copot...". Copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah...". Celepas cejam, cahye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. Ciput came copot cangat cuke cebab cahye cerah cudah chow. Copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot...". Ciput cenyum cambil chow came copot.






heartbeat..jom join..cam best jer

SY KOPI PES ENTRI INI DR BLOG CIK EPAL YG SANGAT POPULAR..maaf ye dik..akak kopi pes..hehe

Tak dapat Buffered Earnings from Nuffnang? haa meh ler pasang HEARTBEAT pulak. meh nak ajar cara cara nak pasang iklan ni. trafik tak kencang pon boleh pasang jugak. masyukkk jugak HEARTBEAT ni. first of all. korang kena KLIK dekat iklan bawah ni





Klik atas ni








Lepas dah klik korang tekan dekat HEARTBEAT.MY yang aku bulat kan tu






Then, tekan "create account"







korang isi lah form semua apa yang dia nak tu. jawab dengan jujur. then klik "I agree..." tu dan klik "continue"





Then tekan "Join HB.."



Klik "online application"





Isi lah semua semua ni





Korang boleh pilih nak dia buat cara pembayaran macam mana. terpulang lah kat korang nak dia bagi cek or masuk terus dalam account korang pon boleh then tekan "I agree" pastu "continue"



tekan "get a code" untuk dapatkan code





korang boleh pilih nak letak code yang mana yang sesuai dekat blog korang




Kalau nak cek earnings, boleh lah tekan dekat "MY HB Affiliate" ni







nak pasang, klik banner atas ni and good luck! =)

========================

Just nak ingatkan eh. HEARTBEAT ni macam nuffnang jugak. dia tak boleh receive FRAUD CLICK. tahu tak fraud click ni macam mana?

fraud click ni like

"i click u, u click me back!"

haa. silap silap korang punya account tak memasal kena banned pulak. sebab aku emel dia tanya pasal click click semua ni. dia reply ni





so elakkan diri main fraud click ok! jangan lupa pasang HEARTBEAT!

Friday, March 11, 2011

nak beli rumah..nak beli rumah..nak beli rumah..

awal bulan ri tu, aku dan en suami ada survey2 rumah..yer lah dah dekat 5 tahun servis, anak pon da sorang, kene lah cari aset utk jangka masa panjang. memula dapat kat area umah mentua aku. dekat jer, sebelah lorong..dah tgk rumah, dah bg deposit, last2 owner cancel, kata nak simpan utk naka2 dia..(anak2 dia kecik lagik)..tensen, frust semua ada..siap menangis..yerlah kitaorg dah beria2 nak beli..dah amek borang pinjaman bagai..sudahnya...melopong..

selepas frust, aku tak carik pon umah..aku kata, biarlah perasaan duka tu hilnag dulu..huhu..bapak jiwang aku..dalam pada tu en suami pon survey2 gak kat Mudah, google..dengan berbekalkan gaji kami yang tak seberapa, dia carik yang berpatutan..

dan entah kenapa, aku tetibe tergerak nak google rumah utk dijual di BTHO, result mmg banyak..last aku jupe 1 apartment duplex, cantik..dah siap reno, harga pon ok..so, aku pon calling2 ler owner..kata still ada, belom jual..aku bgtau kat en suami, dia kata, jom tgk umah..

so, aku gi tgk umah tersebut, owner melayu, muda lagik, baru kawen.tp takde baby lagik..org gomen gak..tp educated orangnya..baik..suka ckp dgn dorang..so, dah pusing2 umah tu, sembang2, n balik..

otw balik, en suami kata, ok..dlm hr selasa lps aku tgk tu, dia post kat mudah..tau jerlah kan, kalo post kat mudah mmg sekejap jer..then aku call owner, owner kate sape sign snp dulu, dia punye, aku call balik en suami, dia kata, dia nak..aku pon terus proceed n deal ngan owner. so skang msh dlm proses..insyaallah, kalau ada rezeki, dok lah kami di apartmen..takde lif, sbb 3 tingkat jer..tp tak tinggi sgt..bleh aku exercise..kuruskan peha!ahaks..

sayang, sama2 kita berdoa supaya impian kita memiliki rumah sendiri tercapai ek..love u!!

Wednesday, March 9, 2011

seharian..

seharian hari nih aku mengerjakan blog aku..haha..bukan update dengan cerita2 terkini lagi sensasi tetapi dengan mencantikkan blog..hehe..walaupon tak ramai follower atau pon silent reader, aku akan tetap mencatikkan blog aku untuk kepuasan aku..huhu

so, sesape yang baru berjinak2 dalam arena blog nih, bleh tengok dan cuba tutorial di http://maribinablog.blogspot.com ..terbaik.. cubalah!!
Blogger Wordpress Gadgets