Thursday, April 21, 2011

suami n anak aku jadi peminta sedekah???

sedihnya...suami yang ku sayang dan anak tercinta jadi peminta sedekah..

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

ahah..en suami ku mmg kelakar orangnya..dulu mase bercinta semua orang kata, sepul tu pemalu n pendiam orangnya..padanlah dengan ko yang peramah..heheh..ye ke?mase mual2 dulu mmg pon..pemalu amek!

dah 3 4 bulan bercinta, amek ko!selalu buat aku tergelak2..ahha..tp dpn orang.,.uish....senyap jer..

aku ingat dah kawen berubah lah..tak yer..makin menjadik..haha..menjadik yang lebih baik..banyak mengajar aku ttg akhirat, ISLAM, kekeluargaan, dan dunia tidak lupa..selalu fight fight the moon lite pasal bola..yer lah..dia fan Man U.(getiks aku!!), aku CHELSEA..yeah!!!
tp kalo bola malaysia kami sama kepala!

tgk jer lag aksi dia ngan anak manja dia tuh!..mase ni aku tgh masak..si shaza mmg suka dok dapur..so dia pon bawak shaza kat dapur sambil main2 cam mintak sedekah...adehlah...en suami...perangai mu..bikin aku geli hati..

en suami kata, buat ape nak sembang kencang kat luar, kalo kat rumah menunduk muka dengan isteri..buat ape tunjukkan romantik depan orang ramai??nak tayang2 kebahagiaan kat depan orang..dalam 10 orang, hanya 2 yang suka dan berkata..."wah romantiknya pasangan tu.." selebihnya.."tunjukkanlah kasih sayang kamu di rumah..itu lebih bermakna.."

dahlah malas nak bebel panjang2..sila lihat gmbr di bawah..heheh..



konon sedih lah tu..


sama-sama menunduk..sedih

haha..tak tahan..buat muke kiut..mintak simpati..sila lihat bekas sy..kosong jer..

Tuesday, April 12, 2011

sambil tido pon boleh makan..

video nih dah lama br nak update dlm blog..dah banyak kali dia buat mcm nih..aduss!! video

baru ku tahu rasa seorang ibu..

mgu nih aku agak 'busy' dengan keletah puteri seorang nih..usia dah 9 bulan lebih..asal beralih bulan jer demam, asal nak pandai satu perkara demam, siap selsema n batuk lagik..adeh..

tp takpe..penaglaman nak membesar dan dugaan dr ALLAH..nak uji kesabaran umat-Nya..seronok bergelar ummi nih, walaupon penat melayan kerenah si manja..tp berbaloi apabila kita panggil nama dia dia toleh, bila kita ajar dia sebut baba, dia boleh sebut, ajar dia tepuk tangan, dia pandai...bahagia sungguh aku rasa..

tapi dalam kebahagian itu jangan sesekali kita lupa pada-Nya..titipkan kesyukuran..itu harus!!
wah ayat aku semakin 'skema' semenjak jadi ibu nih..hehe..bukan ape..takut anak terikut rock ummi dia..

semalam pengasuh dia ckp dia berdiri sendiri sambil tepuk tangan..tp bila balik rumah, hurmmmm..haremm nak tunjuk skil baharu..sajer jer..bagi ummi n baba neves..shaza oh shaza..walaupon menangis2 dek kerana ubat..tp mcm rela jer diperlakukan sebegitu..huhu..tak sampai 5 minit, shaza muntah kat badan aku....wangiiiii sangatt!!

kesian shaza..berlumuran muntah sendiri..tp kat baju jer..yang aku????dah macam bancuhan cekodok bawang kat tengkuk aku..menggeleng kepala baba tgk..tak tau lah geleng geli ke geleng kesian..tp baba dengan baik hati tolong kemaskan tumpahan muntah shaza kat atas karpet..

dah banyak kali shaza muntah kat badan aku..geli???takde ape rase pon...ape nak geli??sedangkan bontot dia penuh ngan tahi pon aku leh basuhkan??itulah kekuatan seorang wanita bergelar ibu/ummi/mak/mama/mummy dsb..yg ptg suami siteri perlu SALING memahami, membantu..itu yg sering encik suami terapkan..ALHAMDULILLAH..

shaza..ummi n baba sayang pada shaza..ummi n baba selalu dan sentiasa doakan kebaikan shaza..ingat pesan ALLAH, pesan kami yer sayang...

macam ni lah rasa seorang mak pada anaknya..dulu mak kita berjaga malam, tak rehat secukupnya menjaga kita..aku rasa insaf sangat saat aku bersalin..saat aku berjaga malam, segala-galanya lah! tp bila dah besar ramai dah lupa JASA seorang ibu! diherdik, ditengking..tak ternilai jasa dan budi mereka! tak terbayar hutang darah!

ingatlah kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu/mak/mama/ummi/mummy apa pun jua panggilan..hormatilah mereka..buruk mcmane sekalipon mereka, asyik membebel siang malam, miskin macamane pon dia..dia tetap ibu kita waima ibu mertua!kita harus hormat mereka!kalau nak diceritakan tak tertaip dalam blog nih..nantilah buat part2 lah..

saya selalu ingat pesan dr seseorang..selagi mereka masih menegur kesalahan kita, selagi itu mereka masih menyayangi kita..kalau mereka tidak lagi menegur, mereka tidak membenci tapi mereka jauh hati!

encik suami sering pesan..'semasa bie bujang, syurga bie di bawah telapak kaki ibu bie..pabila sudah berkahwin, syurga bie ditelapak kaki suami bie, tetapi saya..syurga sy tetap di bawah telapak kaki ibu sy..kalau bie taat pada sy, pd ALLAH, syurga tempat bie..tp kalau sy tidak taat pada ibu sy.neraka jahanam tempat sy..'

walaupon ibu mertua..dia adalah ibu kita..yerlah sedikit sebanayk kadang2 terasa juga..tapi si suami haruslah pandai seimbangkan..nak menjaga hati ibu, menjaga hti isteri..agar kedua2nya tidak terasa hati..tp jangan sampai sendiri menggigit jari!!

buat suamiku..terima kasih sayang kerana membimbing diri ini supaya menjadi lebih baik..bukan seperti yang dirimu inginkan..tetapi seperti yang ALLAH mahukan...janganlah sayang cepat berputus asa dengan karenahku..kerana diri ini hanya insan biasa..yang tidak sempurna..

i love you..



p/s : bergenang air mata..rindu abah, yang tak hingin melihat muka ku lagi..maafkan anakmu abah..

Friday, April 8, 2011

kenapa wanita mudah menangis..

aku copy note ini dr emel yang diterima..agar lelaki2 luar sana mengetahui ttgnya..bacalah..


Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"

Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengertiĆ¢€¦"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"

"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar

jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.

Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Thursday, April 7, 2011

sejarah april fool > andalusia sepanyol

entri ini aku cnp dari emel yg diterima..pastinya ramai yang tahu tentang hal ini..aku terbaca tentang kisah di mana umat Islam sepanyol diperbodohkan dan ianya diraikan sebagai April Fool di kebanyakan negara..tak kira agama..

dulu mase bodoh===> mase sekolah..hehe..tak tau pon ttg hal nih, mmg syok kene kan orang, sampailah mase aku dok asrama dulu, senior2 pakat conteng muke junior dengan water kaler mase tidor, pastu bile pagi bangun memasing gelak2..kot lah roh tak kenal mase subuh tu, mau arwah junior2..tp yang tak tau menatang april fool nih..mmg perkara tu menyeronokkan..beselah adat manusia..benda2 yg haram nih mmg seronok!!

then, mase aku pergi kursus BTN di johor tak lame lps aku kawen.===> honeymoon di kem BTN, inai masih merah dijari tangan dan kaki..takleh dok sekali..waaaa..dah dah..citer psl len plak..stop!! ok mase kursus tu, fasi aku ada cerita tentang kekejaman tentera kristian ketika itu untuk menjatuhkan orang dan tentera Islam di sepanyol..mungkin ramai tak tahu, dulu2 sepanyol adalah negara Islam terkuat di dunia, meliputi Perancis. kerajaan dulu namanya andalusia tak silap sy..kalau nak tahu cerita yg sedih ini dengan lebih lanjut, sila lah gugel yer..

so, di sini sy kongsi kan mengapa kita diharamkan menyambut atau meraikan APRIL FOOL..

Bulan Mac telah melabuhkan tirainya. Bulan April kini menjelma. Terdapat suatu kebiasaan jahiliyah yang harus kita berwaspada sebagai seorang Muslim iaitu 1 April sebagai hari ‘April Fool’. April Fool adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong tetapi orang lain. Tetapi tahukah anda apakah itu April Fool yang sebenarnya?

Sejarah April Fool

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.

why single rocks!!!

credit jua forum tentang cinta..tq for share info, so aku pon share dgn rakan bloggers..

kadang2 aku t=penah tertanya sendiri, bosanlah takde pakwe (mase mude2 dulu--hehe)..tp kadang2 bosan plak kalo ada pakwe..nak pegi mane2 nak kene gtau, tak bleh kuar ngan mbr2 lelaki, jeles..tak bleh kuar tanpa dia..nak shopping..hurm..tp ape2 pon ada hikmah atas ketentuan-Nya..jgn mengeluh!!..tp utk single mom..eh..silap..single person====> malia lya

sila baca entri ini yer..hehehe...

1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

9 sebab hubungan tidak mampu bertahan..

credit to forum tentang cinta...maaf yer copy n paste..

saje nak share benda nih, aku rasa benda2 nih patot dikongsi..ilmu kalau banyak camner pon kalo tak dikongsi, akan hilang camtu jerk..tp ilmu yg sedikit kalo dikongsi, Insyaallah bertambah2 ilmu di dada..so, aku malas nak taip panjang2..sila baca seperti di bawah..

1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

Blogger Wordpress Gadgets