Tuesday, May 31, 2011

Apabila menghadapi ujian Allah

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula elatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan ertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau

lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi

ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya

kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabiala kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah

diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak etentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa

bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:

“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil."

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji

kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji….

Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya. Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia

tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.

Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?

mak..rindu...

erm..shaza oh shaza..rindu nyer ummi kat dia..rindu keletah dia..gelak tawa dia..tangisan dia..semua2 lah..

sekarang, bila dah jadi mak, baru aku tahu rasa penat jadik mak..mak aku dulu lagik lah..8 orang anak..ibu tunggal lagik..lagik penat..tp mak tak penah mengeluh..anak jer yang slalu mengeluh..mak takde mase nak sain report card, slalu uda yang sain utk aku (Sebab aku 1 sesi skolah ngan dia)

semua perkara yang berlaku ada hikmahnya..sekarang semua anak mak dah besar, mak dah bercucu pon! tapi anak perempuan mak tak boleh selalu balik tgk mak yang tak sihat.sebab kene akur pada suami..ibu suami..mak tau kan..

mak pon tak pernah nak memaksa..takpe..mak paham katanya..

sekarang bila aku dah jadik mak, semua perasaan tu ada pada aku..benar kata yang pernah aku baca.."tidurlah kamu selena-lenanya semasa kamu masih bujang..pabila kamu sudah mempunyai anak, tidur kamu ibarat saat yang berlalu"

betol..bukan masalah anak yang berjaga tengah malam..ianya automatik, waima anak beralih tido pon, si ibu akan terjaga..kalau dikurniakan suami yang bukan kaki tido, alhamdulillah..kalau dpt yang kaki tdo pon takpe..alhamdulillah jugak..cuma 'mengeluh kecil'..

bila malam si anak tido, ibu akan tido jugak (haruslahkan!!) tido kerana mendodoikan anak, menyusukan anak, mengumpul tenaga utk keesokkan hari.. the next day, ibu bersiap pergi keje..di tempat keje, busy..kerani?tak busy?busy..sape ckp tak busy? balik..hilang segala kepenatan tgk muka anak tercinta..

yeay!!hari sabtu..boleh berehat sekejap..pagi, buat sarapan..mandikan anak, kemas2 rumah sikit (buat tu dulu), tdokan anak..hmmm..terlelap sekali..kepenatan..tak penat pon takat buat 2 3 keje..tapi qada tdo semalam..

'kalau time anak tdo, si ibu janganlah tdo, buatlah keje ape yang patot'..hmm..betol lah tu..kang kalo dia bangun, dah kene kaco, dia nak main ngan kita..'habis ayah nyer mane?'..hmm ada..tp ayah nyer dah penat..dah tertido pon..dia kan ketua keluarga..mencari nafkah..(ini tidak berlaku pada keluarga saya satu masa dahulu kerana mak saya ibu tunggal)..

suke tgk ayahnyer tdo sekali dengan anak..so sweet!!nampak comel..haha..

petang, bawa anak berjalan..mandikan, susukan, malam, siapkan makan malam utk keluarga.., malam tido..begitulah rutin yang berlaku.,.berulang-ulang..bukan sehari 2 hari..banyak hari..banyak kali..tapi si ibu tak mengeluh..

buat ape nak mengeluh..itu tanggung jawab..pengorbanan..mengeluh tanda kesal pada takdir-Nya..reda dan sabar..itu kekuatan..kunci iman..huh!tak tau ttg agama nak bercakap..

teringat kata2 seseorang yang dicintai..walaupon si pelacur menyuruh kita solat..jangan kita ingkar..kerana mungkin dia utusan Allah..kiat tidak tahu..

Ya Allah..kuatkanlah imanku terhadap-Mu..berikanlah aku kekuatan untuk menjaga amanah-Mu, memberikan yang terbaik kepada keluarga ku, supaya dapat menuju ke jalan yang diredai oleh-Mu..

Ya Allah, Kau pimpinlah daku..

Saturday, May 28, 2011

Anaemia - Sebab, Gejala, Komplikasi, Rawatan dan Pencegahan

Apakah Anaemia?
Ia adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

Sebab-sebab anaemia
  • Kehilangan darah (samada akut atau kronik).
  • Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah.
  • Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
  • Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.

Ini mungkin disebabkan oleh :
  • Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
  • Pembesaran yang mendadak bagi remaja, menyebabkan penambahan keperluan zat besi dimana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
  • Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi.
  • Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan.
  • Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
  • Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum.
  • Gangguan pembentukan sel darah merah: keadaan seperti Talasemia.
  • Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan.
  • Mungkin berlaku didalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.


Jenis Anemia yang biasa berlaku ialah :
  • Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
  • Talasemia
  • Tanda-tanda dan gejala
  • Ramai remaja menghidapi Anaemia dan tidak mengetahui sebabnya.


Gejala-gejala termasuk:
  • Keletihan setiap masa.
  • Pening
  • Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal
  • Kulit pucat
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Kurang daya ingatan
  • Kurang berat badan


Komplikasi
Jika Anaemia sangat teruk ia akan menyebabkan :
  • Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada didalam kandungan.

Rawatan
Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.

Rawatan Anaemia bergantung kepada jenis Anaemia yang dihadapi.
  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
  • Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi.

Tips lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :
Dinasihatkan mengambil pil tambahan zat besi bersama dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi.
Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan pada usus perlu dirawat.

Pencegahan
Makan makanan seimbang setiap hari

bosan vs best

bosan..words for today..fikirkan nak pergi perhimpunan belia kat putrajaya..name jer keje sane, tp ape2 event maleh den..bukan ape..ada anak kecik lagik, cuaca pon tak berape okay..ujan tadik..so takde panas sgt..lagik satu, parking..nak kene park n ride..adeh..takpe lah..kalo aku takde pon, takkan tak ckup sejuta kot..hua hua hua..

today seharian aku kat umah mentua..haha..tiap mgu aku balikkg mentua..hahahha..alah..dokek yo..den fasa 3, mertau den fasa 2..so, senang..bukan ape, kang kalo jadik ape2 encik suami aku leh rush ke sana..almaklumlah..encik suami anak sulung..biar dokek..sonang..anak jantan yang lain dok jauh..sorang dok kek umah mentua di sg buloh, sorang blajar di Uitm Shah Alama..yang tinggal di sini anak dara jer.

so, hari ni, mmg takde buat ape..makan, tdo, bukak fb, update blog, cantikkan blog..malam nih takde buat ape pon..so far lah..

best??yang best dapat berehat..dlm mgu nih aku letih sgt lah..takde buat ape pon..tu lah orang ada masalah anemia nih..cepat nau rase letih, mengantok..tp ada orang tak tau..kat sini aku list kan akibat drpd ANEMIA..anemia bukan penyakit tapi masalah..takde rawatan (ikut yang aku bace lah) cuma boleh kurangkan masalah tersebut ..

next entri aku tulis pasal Anemia okeh..

sekian..


Tuesday, May 24, 2011

aku dilamar melalui facebook???ei..sukenyer...

tajuk biar hot..huhu..aku tak dilamar oleh encik suami, tapi dilamar oleh 'seseorang'..hei..tak nampak ke gmbr profile aku tu letak gmbr my shaza...ade hati!

my pic profile kat fb


kesian en suami saya..mane nak letak nih..hurmmm..camne nak gtau dia nih..adehlah..pening sudah..kang kalo tak bgatu, derhaka..bgtau..mau melayang ekzos WDU..

sayang...bukan bie yang kaco..dia yang stat..knp?sebab bie cantik kot..hahah..(perasan, muke cam T-rex hati ngaku cantik!)..tp dia kate, dia lamar sebab SHAZA comel..ummi dia biasa2 jer..adeh..laser sungguh mulut 'orang' itu..kot yer pon nak jujur dan lurus, jaga lah hati ku yang kecil molek nih..

erkk..sudahla..saje nak bikin gempak jer..hah..aku dilamar oleh Encik Razali untuk photoshoot MOM with DAUGTHER..haha..erkk encik suami..boleh ke?kot lah pas nih SHAZA jadik cam Mia Nasuha ke..hehehhe..(berangan)


ENCIK RAZALI HASSAN - yang offer

dia baru ty..bukan terus deal..sila jangan salah faham okeh..sy ckp sy mintak izin encik suami dulu..encik suami bagi tak..pleaseeeeeeeeee..hehe

sekian..

Friday, May 20, 2011

wah..dia kene tweet ngan artis!!!

assalamualaikum,

mood tak berape nak ok coz lately bz..sape kate keje gomen senang..tak dinafikan ada yang 'senang' ada yang bz..tp sebusy keje swasta sampai meeting pon hujung mgu..ada juga berlaku dalam jbtn kerajaan mostly di Perkhidmatan Persekutuan, yang keje state besenya tak berape bz..

back to the topic, sebelum nih aku byk terbaca kat blog popular, paling aku suke bace adalah blog CIK EPAl, dia slalu buat entri mesti nak hot letak name artis2..haha..adik, akak dah tau camne adik leh naikkan traffic blog n bekam femes seterusnya, ada artis tweet u..

bagus budak nih coz dia tau taktik n skill dalam arena berblogging nih..nih akak teka jer..kalo betol..sila belanje sy yer!haha.. korang2 yang bace blog..tak kesahlah sape punye pon, ce tengok isi dan penyampaian mereka..mane yang baik kita ikut..aku tau, blog nih besenye lebih kepada diari peribadi..same jer ngan aku..

so, pada pendapat dan padangan aku, kalo korang nak blog korang DI BACA OLEH ARTIS dan seterusnya di artis2 tersebut twet korang or send kat pesbuk, korang rajin2 lah buat entri pasal artis..tak pun cam CIK EPAL buat, dia slalu kaitkan kawan2 dia ngan nama artis.. secara tak langsung ramai orang akan baca entri dia..so, kalo entri best, mesti orang follow..

macamane artis2 tu leh tau akaun tweet dia or facebook? korang kene pandai2 lah letak tweeter acc n pesbuk akaun korang kat blog. dan maybe korang tau dan tak tau, artis kat dunia nih suka google nama dorang, (konon nak tgk citer2 or gosip2 yang mengaitkan nama dorang lah) so bila korang ada taip nama dia dalam blog, secara tak langsung mesti dia bace blog korang kan..haha..bijak tak bijak tak?

thank adik epal coz 'mengajar' kami secara tak langsung..sape cekap, dpt lah paham maksud tersirat dlm blog dia..haha..

entri nih bukan tujuan untuk promote blog CIK EPAL, ataupon BODEK mahupon kondem, tapi SYABAS dan TAHNIAH kepada budak muda yang masih menuntut tetapi berjaya menggegar dunia blogger..daripada kecik (kecik ker), hinggalah sekarang, walaupon kene kondem..dia still ok..gud for u dik..

so, aku dah kongsikan tips camner nak bagi artis tweet2 ngan u ols..yang lain2 bagi lah tips camner nak kuruskan perut yang boncit nih ha!!!..tu lah mase pantang, sebulan jer pakai bengkung..degil..BAHANA DEGIL!!..padan muke aku!!

sekian sahaja entri kali ini..

p/s : wow..putihnyer...ce teka sape

tiru LINDA JASMINE????

sesape yang minat AKADEMI FANTASIA konpem kenal sape LINDA JASMINE..or sape peminat QUE HAIDAR, mesti kenal isterinyer yang cantik..maklumlah mix kan..kekadang aku hera, nape kalo artis muke mix or selebriti, cepat jer laku..hah..kadang2 bukan ade bakat pon..(ada lah sorang minah tu, dr masuk pertandingan wanita cantik, pastu masuk pertandingan menyanyi==> ke laut plak tu, pastu blakon lak tu!!)..len lah cam lisa surihani, n my peberet ever..SOFIA JANE..haha..sanggup tu potong rambut pendek sebab nak ikut dia..aku tak hengat citer ape..citer 1980-an, dengan AMAN GRASEKA..

ape kene mengena ngan LINDA JASMINE?..sila lihat video ini yer...pastu..nak ty..same tak? same tak??
video

ape yang same??haha..penah dengar kan LINDA selalu memekik..'one two three four five six seven eight!!' kat students dia mase AF..hahha..

shaza mmg suke menjerit..pening kepala..kadang2 kalo kita marah dia, mesti die jerit balik..tanda protes!..gasaklah...pening lah ummi n baba..

ape pon i love u my dear!!

Friday, May 6, 2011

show di PICC..

dari pagi hingga ke petang membawa ke malam, ada di PICC untuk show sempena majlis APC peringkat Jabatan aku..letih mak..tp berbaloi bila dapat tepukan dan pujian dari penonton..hepi tgk org2 lain dpt apc..en suami pon dah penah dpt mase 2 tahn servis..aku..dah 5 tahun lom dpt2 lagik..tak cukup usaha kot..takpe lah..takde rezeki..btw, tahniah kpd penerima..kebetulan en Bro Monday di blog beliau===> KLIK SINI pun penerima apc..tahniah BRO..betul tak ckp en suami saya sebelum nih..hahahaha..

first time majlis APC Jabatan aku buat ala2 dinner. konsep dinner, ARABIAN okeh..dapat lah makan nasi arab FREEE..haha..aku mmg suka yang ada vitamin F nih..n majlis di ahdiri tetamu VVIP iaitu YB Dato' Nazri bin Abd Aziz, Menteri JPM..menteri yang 'jaga' Jabatan aku..

tak lupa juga kepada penari2 JPA yang sangat berbakat..wah..baik pegawai mahupun N1!..semua best..sporting..dan majlis diserikan lagi dengan nyanyian merdu artis2 JPA iaitu

1- Pijot - kaulah segalanya
2 - najib - Lagu kita
3 - azian mazwan sapuan - one moment in time
4- boboi - biarlah bulan bicara sendiri
5- laily - kasih
lagi 2 orang, org INTAN. fly witout wings dan where do i begin

kami nyanyi lagu menawan dunia, eddelweiss, satu suara utk appertizer..wah..lagu pun ada appertizer..haha... so aku sempat snap beberapa pics sahaja..

btw, azian mazwan sapuan skang dah keje gomen..sedap suara dia..dr dulu dah sedap..skang bertambah2 sedap..haha

majlis hbs lmbt tp aku balik awal..kesian kat shaza..en suami kata dia susah nak tdo..yer lah dah bese, kalo tido aku ada kat sebelah..ermm..rindu dak tecik tu!!



menu


azian mazwan sapuan n najib


pijot

benda bwh nih adalah pencicah utk roti arab yang sedap..aku makan 6 kpg..hua hua hua


terbaik...tapai pulut ice cream..

Blogger Wordpress Gadgets