Thursday, October 20, 2011

"berjimak" di tepi roaundabout..

Aku kopipes entri ini dari blogger zabid..nice entry..juga terdapat dlm ceramah uztaz azhar idrus..>di sini

Gambar Roundabout


Kisah PerTama ini saya gunakan nama Haji Bakhil (bukan nama sebenar)

Haji Bakhil : saya baru balik dari Mekah dan cium isTeri saya depan org ramai kaT airporT, apa hukum cium ini dan ada berapa jenis cium?


Ustaz : kalau cium Tangan Takpe lah, Tapi kalau cium muluT, cium pipi, cium mcm2 lagi ini namanya "shu ku Tul muruah"(menggugurkan maruah). Jgn cium depan org ramai mcm Tu, Tau lah isTeri kamu, cium Tangan dah lah... nak cium lebih-lebih balik umah lah.

Haji Bakhil : Abis tu yg Rasullulah cium pipi isteri dia.

Ustaz : bukan depan org ramai, cuma org Ter nampak. sebab Tu kalau berjalanpun Takboleh gak berpeluk.

Haji Bakhil : Tapi tu kan isTeri kiTa....

Ustaz : mmg lah isTeri kiTa.... kalau camTu kenapa kamu tak JIMAK(main) jer dgn ISTERI DI TEPI "ROUNDABOUT" tu jer. (",)

Dialog ni ada dalam video di bawah ini, namun bahasa diterjemahkan mengikut kefahaman saya sendiri (",)

Apa ada dalam video ini lagi?
1. Cium selepas Nikah hanya dibenarkan IsTeri cium Tangan suami sahaja.
2. Kalu cium lebih2 lepas nikah dah mcm kat gereja pulak.
3. 5 Tahun mendatang Romen Terus depan Tuk Imam (",)
4. Dulu pengantin perempuan inai ujung jari jer, skrg dah mcm underTaker sampai ke lengan.
5. Kalau kita baca kiTab hadis AKHLAK kita baik kalau baca kiTab Hiburan AKLAK jahanam.
6. "Pra Wedding" jahanam abis. Semua org kapir buat nak TIRU :(
7. IkuT adaT Tak salah, yg salahnya IkuT adaT Tapi langgar SyariaT.



Wallahualam.

p/s : lepas nih takleh nak kiss pipi baba shaza bile nak gi keje..pagi tadi dah start...

Tuesday, October 18, 2011

gaji ribu² belom tentu berkat..



Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar).. Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak.
Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid. Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.
1.    Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2.    Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3.    Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4.    Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5.    Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6.    Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7.    Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
8.    Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9.    Bayangkan dia boleh hidup dengan selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan ia yang patut di contohi;
1.    Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2.    Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3.    Sering membaca Surah Al-Waqiah
4.    Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5.    Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
6.    Suka menolong orang dan memberi derma
7.    Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang Penyakit.
8.    Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
9.    Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.
Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.. Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini. Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup. Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;
1.    Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba).
2.    Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3.    Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4.    Sering bertengkar dengan isteri.
5.    Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6.    Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7.    Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8.    Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja..
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.
Kisah 3
Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.
Ceritanya begini… Suatu hari, seorang ustazah travel, dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam. Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku’ apabila imam ruku’.. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal.
Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk… ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh.
Cerita tak berakhir di situ.. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.
Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ. Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa… “. Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.
Subhanallah. … bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki… Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman…
Cuba kita tanya diri kita sendiri…
  • Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
  • Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
  • Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
  • Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ??? Subhanallah. ..
Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua…

Monday, October 17, 2011

puding triffle..

jumaat lepas opis mate aku last day keje coz hari nih (17 oct) dia akan berangkat menunaikan haji..and dia terus bersara coz tarikh bersara dia adalah pada 4 nov.

so, kami pon buatlah pot luck..ada macam², menu utama, steamboat..pergh..mmg kenyang tahap gaban lah..
"ape hal ko sebut name aku"
"ko sape?tetibe menyampok?"
"aku lah gaban!"
"ooh..nape ko muncul?"
"dah ko panggil, mesti ada kecemasan sbb tu ko panggil!"
"plak?! ko superhero ke?"
"bukan, aku GABAN bukan hero??"

suka hati ko lah...

plak, gile hape aku nih bermain dengan emosi..wakakkakak..dah dah sambung balik, aku nak citer yang aku punyer menu potluck ari tu aku buat PUDING TRIFFLE..sedap..
gmbr adalah seperti berikut..

bahan²
memula susunkan kek gulung
 lapiskan dengan tepung kastard, yang nih tak jadik coz berketul²..sepatotnya licin jer..

susunkan buah² koktel dan tuangkan kristal jeli


 dah sudah, nak letak whipping cream bleh, mane penggemar cheese, bleh letak cream cheese..


 setelah 15 minit selepas dihidang...


dah..takat tu jer citer..haha..

Thursday, October 6, 2011

saman AXE kerana gagal memikat perempuan...


Description: cid:image001.jpg@01CC47B5.7A35F170

New Delhi,Seorang lelaki india berusia 26 tahun menyaman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited), yang memasarkan produk wangian lelaki AXE,dengan tuduhan telah menipu dan menyebabkan ‘penderitaan mental’.
 
Lelaki tersebut menyebut kegagalannya untuk memikat gadis,meskipun dia telah menggunakan produk AXE selama lebih dari tujuh tahun sampai sekarang.Iklan AXE menunjukkan bahwa produk-produk itu membantu kaum lelaki untuk menarik perhatian wanita.
 
Vaibhav Bedi,lelaki india tersebut juga menyerahkan semua bukti ke mahkamah dari semua produk yang telah digunakan maupun yang belum terpakai,yang berupa deodorant sprays,perfume sticks and roll-ons,anti-perspirants,aftershaves,body washes,shampoos dan hair gels dengan jenama AXE.
 
Vaibhav Bedi juga meminta agar semua produk itu diperiksa di makmal."Lalu dimana Axe Effect-nya"? Saya sudah menunggu selama lebih dari tujuh tahun.Sejak kuliah sampai dengan saya bekerja di pejabat,tidak ada seorangpun gadis yang mahu saya ajak berdating bahkan hanya untuk minum teh atau kopi dengan saya.
 
Meskipun saya yakin mereka boleh mencium bau parfum, deodorant dan aftershaves yang saya pakai.Saya selalu menggunakan produk itu dengan harapan boleh menjadi seperti apa yang terjadi pada iklan di TV.
 
Vaibhav mendakwa bahwa dia telah menggunakan semua produk AXE sesuai arahan yang ada sejak dia pertama kali membelinya.Dia berpendapat bahwa jika dia tidak boleh mengalami AXE Effect meskipun telah menggunakan produk sesuai petunjuk,berarti perusahaan telah menipu atau menjual produk palsu."
 
Saya selalu menyimpannya di tempat sejuk dan kering,dan menjauhkan mereka dari cahaya matahari langsung atau panas.Saya selalu menggunakan penggaris sebelum menyemburkan untuk memastikan bahwa jarak antara nozzle dan ketiak saya adalah sekurang-kurangnya 15 cm.
 
Saya selalu melakukan sesuai petunjuk pemakaian.Saya bahkan memukul anak saudara saya yang berusia 5 tahun kerana mendekati almari saya,sesuai dengan anjuran yang menyatakan agar menjauhkan AXE dari jangkauan anak-anak.
 
Vaibhav mendakwa bahwa dia telah mengalami banyak penderitaan mental dan penghinaan di depan awam kerana tidak adanya AXE Effect dan dia ingin agar perusahaan AXE membayar ganti rugi kepada dia untuk semua penderitaan tersebut
.
 

Description: cid:image002.jpg@01CC47B5.7A35F170

                                                                                                               Vaibhav Bedi
 
beb...hensem mcm ni pun xde org nak ker????

Kanak2 Ini Menyusu Terus Dari Lembu

 

 Cerita dari Myanmar..

Seorang lelaki tua di Kemboja menyatakan, cucunya menyusu dengan seekor lembu sejak orangtuanya pergi ke Thailand untuk mencari nafkah.



Um Oeung berkata, cucunya yang berusia 20 bulan, Tha Sophat mulai menyusu dengan lembu pada Julai lalu, setelah Sophat melihat anak lembu menyusui ibunya.

Pada awalnya, Oeung menghalang cucunya, namun lama kelamaan datuknya itu menyerah kalah ketika cucunya itu memberontak. Sophat pun menyusu kepada lembu selama satu atau dua kali sehari. Demikian seperti dipetik dari Associated Press, pada 10 September.

Sophat hidup bersama datuknya di Provinsi Siem Reap yang terletak di bahagian utara Kamboja semenjak orangtuanya pergi ke Thailand untuk mencari pekerjaan.


Oeung menyatakan, lembu tersebut tampak tidak keberatan ketika Sophat menyusu dengannya. Meski demikian Oeung sangat bimbang akan kesihatan cucunya yang menyusu dari lembu secara langsung.

Kerana di setiap susu lembu yang belum dimasak tentunya mengandungi bakteria.

Lulu Caldina komen kat bloga ku!!woohoooo!! (jakon jap)



pergh...akhirnya ada gak blogger retis nak komen blog aku..ahhaha..aku henagt blog aku nih blog sampah jer..takde orang nak singgah..best bile cik lulu bagi komen kat entri nih..SILA BACE

tak cayer? sila lihat di bawah..

sila klik untuk tumbesaran..

patotlah rase berdebar jer dlm mgu nih..erkk? ke sbb pembentangan bajet sok?hahaha..

back to the story, sblm ada gaklah cik epal gonjeng komen kat entri aku..mase tu mmg eksited lebih jugaklah..coz dia lagik retis..macam² artis dah jupe..siap kiss² lagik..kiss pipi.

aku dan artis?huhu..penah jupe erra fazira mse rambut ngerbang masih belom potong..jupe ziana zain mase br kawen, jupe awie mase dating ngan erra, byk gak jupe..tp secara kebetulan jerlah..tak amek sain pon..huhu..kalo dulu² ada henset berkamera, konpem adh amek gmbr post kat fb..hahahaha..

dulu mane ada fb, tenet bagai nih..mase tu berhingus lagik..haha

asik citer pasal retis dan artis jer..nape syok benor panggil retis nih?apekah retis?leh sape² tolong jwb?


Blogger Wordpress Gadgets