Tuesday, June 19, 2012

10 tanda-tanda bersalin

aku copy entri nih dari blog Norazizah, Mutiara Buat Wanita ,
disebabkan usia kandungan aku dah pon mencecah 38 minggu (9 bulan 2 minggu), so bile2 mase aku akan melahirkan baby kedua nih..
skang nih aku kerap rasa sakit kat pinggan n punggung..
aku rasa ramai ibu2 atau bakal ibu nak tahu apakah tanda2 bersalin..even aku dah ada pengalaman, tp si shaza lahir sebab aku terjatuh..tu yg tak tahu keadaan sebenar..
so, kat sini aku kongsikan 10 tanda bersalin..

Selepas usia kandungan sudah 38 minggu ke atas boleh lah bakal-bakal ibu memerhatikan tanda-tanda hendak bersalin. Di sini terdapat 10 tanda-tanda bersalin :

1. Kontraksi Rahim
- Kontraksi adalah rasa tegang pada perut, kadang-kadang bakal ibu akan berasa sakit di tengah perut sehingga ari-ari. Kontraksi akan berlaku semakin kuat dan dalam sela masa teratur. Sila lihat jam anda berapa selang masa berlakunya kontraksi. Jika dalam sela masa 5 minit dan mengeras dalam 20 ke 45 saat. Sila ke klinik dengan segera.

2. Sakit Belakang
- Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap.

3. Pecah ketuban
- Keluar air jernih dari rahim, bagi nor semasa kelahiran pertama keluar bunyi pop baru keluar air ketuban. Ada banyak air keluar bercampur dengan darah.

4. Lendir pekat bercampur darah
- Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah. Tapi bila dah ada rasa sakit (kontraksi kuat dan kerap) baru ke klinik :).

5. Serviks terbuka
- hanya doktor yang boleh cek bukaan serviks, bila dah mencapai 10cm baru proses bersalin akan dimulakan.

6. Kerap terkentut
- Sesetengah wanita akan kerap terkentut :)

7. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar
- Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk buang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati...

8. Kerap terkencing
- Akan kerap terkencing sebab bayi sudah mula bergerak ke bawah.

9. Perut kelihatan membuncit bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong.
- Menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera :).

10. Berat badan berkurangan
- Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba.

Monday, June 18, 2012

ape jadik kalo fb takde?

Assalamualaikum...

rasanya, dah terlalu lama aku tak update blog, gara2 demam fb..
btw, aku skang dah sarat..dah masuk minggu ke 38..nunggu ari jer.
ikut due, 3 julai 2012..tp skang dah sakit2 plak..
adakah akan ada adegan tampar menampar dalam labour room?

macam2 hal berlaku dlm masa aku preggy nih...banyak sgt..ada yang best, tak best..suka, duka..tu lah lumrah kehidupan..nak ke tak..kene nak jugak..
sebenarnya, aku pon kadan blur gak nak mencoret dlm blog nih..
bukan boleh cerita sembarangan..

skang nih musim Facebook, budak skolah rendah pon ada fb, imam, surau, ape saje..bos aku pon ada fb..huhu..agak2 takde kedit bleh pm fb jer..wakkakakak

agak2 korang lah..kalo fb nih takde sungguh 1 hari nanti..ape akan jadik??

Blogger Wordpress Gadgets