Wednesday, October 31, 2012

pengalaman bersalin kali kedua..part 2

baru terperasan..pesal blog nih tetibe menggelarkan diri 'zura' plak..wakakakakak.. cam geli² jer menulis gelaran tu..huhuhu.. so sorry lah ye.. bahasa pasar jer yang aku gunakan.. rasanya blogger yang lain pon tak suka guna bahasa skema.. rasa macam tak real plak bila bercerita..well, ikut orang lah..

dalam kesejukan opis yang sedang menggigit-gigit sum sum tulang aku nih, aku teringat pulak pada 'hutang' aku kt blog nih..nak menceritakan tentang pengalaman bersalin anak kedua. bukan nak kecoh der aku dah 2 anak, tapi lebih kpd perkongsian ilmu..skang nih ramai mak² mengandung carik ilmu persediaan nak bersalin..nak nak anak sulung..ataupon nak tahu servis kat sepital bersalin tu..

dah dah mukadimah part 2..bersambung dr part 1.. lepas aku ditendang dr Hosp Putrajaya, aku ingat nak balik rumah jer.. tapi makin sakit, so, aku suruh encik suami singgah kat Hospital Serdang. Macam biasa, kene ikut prosedur yang dah ditetapkan, pastu tunggu doktor check bukaan.

sepanjang menunggu doktor dtg check, aku berzikir apa yang patut..mohon perlindungan dari Allah..disebabkan katil dlm tempat bilik ni hanya dipisahkan oleh langsir, org sebelah boleh lah dengar apa yang berlaku..aku tak tahu apa bangsa atau agama org sebelah..mungkin dah mengganggu ketenteraman dia lah kot..beliau dengan nada mengejek.."macam nak mati siap berzikir, mesti anak sulung.."..nak jer aku sound balik.."ko konpem idup ke mase nak bersalin nanti?" tp aku terus istighfar..ada jugak manusia cegitu..kalo dia Islam..aku doakan ko bertaubat lah..ajal maut ditangan Allah..kang, belum sempat ko bertaubat, nyawa dah melayang..

dah dah..semak jer pikir pasal tu..pastu dtg sorang doktor lelaki..LELAKI okeh..dia yang check..adoi..mase tu, malu sangat..tp kalo doktor laki yg buat, mesti ada nurse yang teman.. dia tak tgk pun, dia siap mintak izin dulu..patotnya, aku suh dia mintak izin kat laki aku..memandangkan keadaan agak darurat..so, dia menjalankan tugas dia lah..

mase tu bukaan aku dah 3cm..doktor tak bagi balik..dia bgtau lagi, wad penuh untuk aku berehat sementara tunggu nak buka smpi 7..tp aku boleh tunggu kat dlm bilik nih..dia suh jalan²..nurse tu bagi aku baju kaler pink .maksudnya aku dah dlm kategori nak bersalin ler.

hari tu hari jumaat kesian encik suami..tak dapat solat jumaat sebab terpaksa tunggu aku..kot lah nak terberanak dan tu jugak kan..bila encik suami belikan makan..aku plak makin sakit..jadik tak selera makan..alih² dia yang habiskan makanan tu. aku just makan roti dgn air milo suam..

lamanya lah pulak nak beranak..sakit makin kerap..aku masuk balik kat tempat ngecek² tu, doktor LELAKI lagik..kali nih orang lain pulak..bukaan dah 5.. tapi dia suh tunggu lagik..sebab labour room penuh..dia suh aku jalan², gi tgk tv ke..aku mmg tak larat dah..aku baring atas katil..kejap duduk, kejap baring..kali nih sakit sangat plak rasa..air ketuban tak pecah lagik..masa tu dah lepas asar..encik suami gi solat asar, aku pon solat jugak kat dlm bilik solat nurse..mohon pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan..

dah pukul 6 petang, doktor lelaki tu panggil aku untuk pecahkan air ketuban. bila dah pecah, aku terus disorong ke labour room. encik suami pon dibenarkan masuk. dia bawak sekali beg utk baju baby,
mase tu..Ya Allah..sakit sangat..mase shaza dulu takde lah sakit sangat..kali ni, aku dah tau ape nak buat..kalo sakit sangat pon, aku akan sedut menatang gas tu sikit jer..kang lebih² jadik cam dulu..pengsan lepas bersalin! hahaha..aku amek iktibar benda yg dah pernah terjadi.

labour room kat hospital serdang..sorang sebilik tau, aku dapat bilik nombor 16
 
encik suami dengan baju korje dia lah..dr pagi..aku suh dia tepon ahli kuarge dia datang bawak baju, dia kate takpe..nampak cam orang korporat..wakkakak..

ok, kali nih, takde sesi lempang melempang okeh..hahaha..nak tau citer sebenar, klik sini ramai plak komen cam tak caye aku kene lempang saat nak bersalin..wakakakak..masih terngiang² tamparanmu sayang!

masuk jam 7 aku rasa betul² nak terberanak..rasa nak tetrberanak betul..aku punya lah sakit sampai terkencing kat atas katil..nak bangun mmg tak boleh dah lah sebab dah drip air..aku ckp kat nurse tu, maaf..sy terkencing..dia senyum jer kate..takpe..pastu dia datang balik, cucuk kat tuttt bg keluar semua air kencing..

lupa plak, dr mula aku datang kat sepital nih, aku ditemani dgn 2 ornag budak pompuan. budak praktikal kat sepital nih..bakal doktor lah..depa student upm. baik depa..

sambung balik..aku suh encik suami panggilkan nurse, sebab aku betul² dah rasa nak terberanak.rasa macam kepala baby dah betul² tersembul kat muka pintu..nurse datang, dia check pastu dia ckp..wah..cepatnye..masuk tadi br 6 nih dah 8..tunggu yer kejap jer lagik..

encik suami cakap "dia nak kuar lepas maghrib kot..tunggu kejap jer lagik."sambil usap² kepala aku..'sabarnye sayang..ingat Allah banyak²".. sambil menahan sakit sampai terkencing².. selang 2-3 minit aku suruh lagik encik suami panggil nurse tu balik..bila nurse tu masuk ( 2 3 orang), dia pun ckp..'oh..dia dah kat situ dah ha...'dia pon, suh aku teran..takdan dorang nak letakkan kaki aku kat menatang besi tu, sekali dua teran, kepala dah keluar..lepas tu tarik nafas sket..aku teran lagik..dah terkeluar..betul² lepas maghrib.. jam 7.27 pm lahirlah seorang puteri..

keterujaan encik suami melihat baby tu lahir, sampai 2 kali dia iqamat..kecik comel jer baby yang masih berdarah atas perut aku ni. kemudian, si kecik di bawa keluar dan encik suami pon di arahkan keluar sebab depa nak buat sesi jahit-menjahit..

oo..pakkal (mujur) ler aku tak digunting, cuma luka sikit jer..2 jahitan jer..maybe sebab baby aku kecik dan tak lama aku nak teran dia keluar.. bg mane yg tak tau, takde bius² yer..hidup² aku dijahit..uishh..sakit wooo..tapi aku suruh budak² upm tu bersembang dgn aku..aku pon punya lah rancak berbual, (sebab tanak pikir benda tu sakit)..siap gelak² bagai..macam org belom beranak..sampai hauslah! aku ckp ngan budak²  tu suh encik suami ambilkan air. dia pon bg lah air mineral..tolong pegangkan straw utk aku minum. cam permaisuri dibuatnya! 

dlm dok berceloteh memuji layanan bagus yang aku terima, doktor²  nih ckp, dorang terkilan..dlm surat khabar memasing tuduh sepital nih layanan tak bagus lah..itu lah inilah..hospital putrajaya yang bagus..tp hakikatnya, puan sendiri dah rasa kan..

so, kat sini aku nak gtau..LAYANAN DI HOSPITAL SERDANG MEMANG TERBAIK!! mungkin ada satu dua perkara yang tak enak.. depa manusia, bukan robot..ada rasa penat, marah..aku yang keje dok menjawab tepon pon, bleh hangin kalo orang tanya soklan² bodoh..

terbaiklah hospital ni!

dah settle aku dijahit (sejam lebih gaklah) nurse bagi baby kat aku..suruh susukan..Ya Allah..punya haus dak kecik nih..laju jer dia hisap..memang pandai..takyah nak jentik2 tapak kaki cam kakak dia dulu..siyes, sungguh berbeza dorang berdua..mase tu encik suami dah dibenarkan masuk semula..cuma tunggu orang datang sorong aku ke wad jer. dlm pukul 10 baru di tolak ke wad..dah settle kat wad, encik suami dah kelihatan penat teramat, dia pon balik..membawa uri untuk di basuh dan ditanam.. tinggallah kami berdua di sepital..pertama kali aku tido tanpa shaza..rinduuuuuu!!! macam tak percaya aku dah menjadi ummi kepada 2 orang anak perempuan yang comel!

bersambung lagi.......tunggu lah..ini pon dah panjang..sure kornag bosan bace kan..kan..kan..dah² sok luse plak lah..bos dah usha tu!

Friday, October 19, 2012

pengalaman bersalin kali kedua.. part 1

Bismillahirrahmanirrahim..

dengan kalimah Allah zura panjatkan kesyukuran kerana telah dihadiahi cahaya mata ke dua dalam tempoh perbezaan 1 tahun 11 bulan dengan si sulung.

zura nak cerita kan pengalaman bersalin kali ini. sangat berbeza dengan si kakak. yer lah anak sulung, sakit mesti lebih. yg kedua dan seterusnya, ok lah sikit.. sebab dah ada 'jalan'.

al-kisah..... tanda² nak bersalin dah start 2 minggu sebelum tarikh bersalin. ikut due zura akan bersalin pada 3 julai 2012. (besday shaza 4 julai). wan shaza dok mintak² baby kedua nih lahir sama dengan tarikh kakak..kan ke unik..huhu..

zura pulak, kalau boleh biar kuar lmbt sket coz zura nak amek sangat exam kpsl n27 yang tinggal 1 paper jer lg! tarikh exam tu kene pulak pd tarikh due..adoiyai yer pon.. zura dah standby buku² n dah siap print pekeliling² yg berkaitan.

2 hari sebelum bersalin, contraction dah ada cuma tak kerap dan ada kuar darah sikit. so, zura pergilah ke hospital putrajaya (sebab sakit kat opis), masa tu zura bawak kete dr rumah, en suami gi keje dengan motor. tp nak ke hospital, zura mintak kawan opis htrkan.. sampai di hospital putrajaya, check macam biasa lah..

test air kencing, timbang berat, tekanan darah. then baring utk check jantung baby. then, sorang doktor wanita india datang check 'jalan'.. paling tak suka!! sakit woo..  sebelum ni, zura dah pernah datang..sebab ada keluar lendir, just takde darah, n ada sakit sikit..doktor yg layan tu sangat gentle..lembut jer dia buat..takde rasa sakit pun.

tapi doktor india nih...sakit sangat zura rasa..macam ke cucuk². dengan nada kasar, dia ckp, "belum lagi ni. baru 2cm. wad penuh, kita tak boleh accept u..nak htr ke pusat bersalin berisiko rendah tu, u pulak ada problem, hb rendah,so kita kene transfer u ke kajang or hkl..lagipon u tinggal kat luar kan.lagipon, u bukan org putrajaya,"

mmg lah..kalau ikutkan, yg dekat adalah kajang, tp aku prefer putrajaya coz sebelum nih layanan kat sini ok!, then zura amek risiko utk balik rumah..malam tu takde sakit2 sgt..

then, hari jumaat  (29 jun), sakit makin kerap.. ada rasa nak terbuang, pergilah toilet, rupanya darah dan lendir..makin lama, makin banyak..tanpa tunggu, zura bgtau kak su, opis mate zura. mintak dia tolong hantar ke hospital..again..putrajaya.

segera zura kol en suami..masa zura smpi di hospital, keadaan agak lengang..dlm hati, wad ada lah nih kalau jadi apa². macam biasa, prosedur yg sama. sementara nak tgu doktor, sakit makin kerap.. masa test kencing pun, darah dan lendir dah makin banyak.

sebelum tu, zura diperiksa oleh doktor² pelatih. nice. lelaki dan pompuan. bagus jer layanan dorang. then, datang sorang doktor..aduss..minachi tu lagik..janganlah dia yg seluk!! ntah ape yang dia skiping dgn doktor pelatih tu, dia seakan tak percaya yang jalan zura dah buka 3cm. then, dia ckp, dia nak check sendiri. sempat dia ckp, macam pernah jer tgk u nih..citer² dia still ingat.. yerlah, mase tu zura beria² tanak gi sepital lain..siap nangis²..mau tak ingat drama queen nih?!

benda yg sama dia ckp, takda apa pun..transfer or balik dengan risiko..tak boleh admit ward. kebetulan masa tu, kenalan zura pun check kat tempat yg sama. tp dia ada pulak ward utk ditempatkan. ok, keadaan dia mmg agak serius..tak salahkan dia pun, sebelum zura kuar dr hospital tu, zura ty kat doktor pelatih tu knp tak boleh terima sy? sebab wad penuh atau alamat sy bukan diputrajaya? then, dia ckp..sebenarnya, zura beralamat di luar putrajaya. so, dorang tak terima melainkan dah betul² nak terberanak..terpaksa terima.

dengan terpaksa zura sain surat balik atas risiko sendiri.. even tgu kat luar kaunter tu pun, kalau beranak kat situ, dorang kata itu risiko sendiri..kalau terjadi apa² yg tidak diingini, pihak hospital tidak boleh dipertanggungjawabkan. kalau tidak dorang nak transfer ke kajang atau hkl. pelik..kenapa tak offer transfer ke hospital serdang, mereka kata mereka takde link. kelakar kan? ke gaduh? hahahha....

dasyat sungguh pengurusan hospital putrajaya ni sekarang. dulu, elok jer.. knp makin teruk? sebab dah banyak sgt makan puji ke? one more, nak tau knp zura rasa sakit sangat masa doktor india tu seluk? sebab KUKU DIA SANGAT PANJANG OKEH!!!. even dia pakai sarung tangan getah tu, still rasa sakit..hairan betul, kenapa seorang yang profesional boleh berbuat demikian, bukan ke pihak hospital sangat mementingkan kebersihan??

keluar dr hospital putrajaya, ckp dgn en. suami jom balik..dlm keadaan sakit! sampailah.......................................................................................................................



Tuesday, October 16, 2012

sungguh besar pengorbanan seorang ibu, mak, ummi, bonda, mama, mummy dll

Bismillahirahmanirahim...

semalam berlaku satu perkara yang tidak diduga. perkara yang menyedarkan zura. mungkin selama ini telah sedar, cuma tak pernah zura ucapkan terima kasih. mungkin anda jua begitu, kadang² perkara² yang tidak diduga berlaku dalam kehidupan kita merupakan hikmah atau petanda untuk kita bergerak ke satu fasa dan menoktahkan kejadian lalu.

kadang² kita alpa..alpa dengan pengorbanan orang lain terhadap kita. bukan niat kita utk melupakan, tapi yerlah.. manusia kan, ke nak kata melayu? hahha..memang melayu mudah lupa..lupa daratan, lupa diri..

pengorbanan seorang mak, ibu, mama, apa sahaja panggilan kepada orang yang telah melahirkan kita. mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk memenuhi keperluan/kehendak kita. pernah tak kita tanya, "kenapa mak buat macam ni?" atau kita buat² tak tahu bila kita dapat apa yang kita mahukan?

dan adakah si mak itu mahu si anak membalas semula pengorbanan mereka itu dengan wang ringgit? kalau korang mempunyai rezeki lebih, berilah..walau segunung intan pun belum cukup untuk kita balas setiap titis darah semasa melahirkan kita tu!

tetapi si mak hanya mahukan, kasih sayang..sedikit perhatian..dan yang paling dia mahukan adalah HORMAT! bukan takut, bukan benci..

apa jua kesalahan dia, singgahsana dia masih nun jauh di atas.. tempat dia antara yang terhebat di sisi ALLAH. dosa dia, dosa dia dengan ALLAH, selagi mana kita taat pada dia, tidak menitiskan air mata sedih, tidak mengecewakan perasaan dia, SYURGA tempat kita..insya-ALLAH..

sungguh besar pengorbanan seorang mak nih.. bukak lah mata, lapangkan dada.. dan bersyukurlah kerana kita masih ada dia untuk MENDOAKAN kita, masih ada untuk kita MEMOHON KEAMPUNAN, masih ada untuk kita MEREBUT TIKET KE SYURGA YANG KEKAL ABADI..

corat-coret : rindu mak..terima kasih mak! gambar mak xde dlm pc, kalo tak, bleh mak glamer 1 dunia! hehehehe

Friday, October 12, 2012

tahniah ATM!! teringat zaman geli2 dulu...

Bismillahirahmanirahim..

semalam telah berlangsung game utk penentuan team mana yang akan melangkah masuk ke final Piala Malaysia. semi final melibatkan team ATM vs Lion XII (semalam 11 okt) dan Selangor vs Kelantan yang akan bersiaran hari ini (12 okt).

so, semalam ATM dah mengesahkan tiket ke final. adegan penuh cemas dan mendebarkan!! wah..ayat dah macam skema..hahahaha... so, malam nih opkos zura sokong selangor..zura lahir kat sini, membesar kat sini!

btw, citer pasal ATM nih, dulu tak hebat mane pon..team ayam jer dlm liga perdana, dulu mmg abang ATM yang main, dgn sorang 2 pemain import dan beberape player org tempatan bukan ATM.  Home utk ATM adalah di Pangkalan TLDM Lumut. tempat zaman remaja zura.(panjang kisahnya, dr selangor ke perak..takyah tau lah k!)

so, mase dulu team ATM nih di coach kan (ape punye bahasa daaaa) oleh encik Jacob..orang india kristian. mase time nih, dlm tahun 2003-2004, zura berniaga kat dlm base TLDM nih. bukak kedai makan. n zura seorang tukang masak kat kedai tu..walaupon tu bapak zura punyer kedai..tukang masak pun yer, tukang order pon yer, tukang buat air pon zura jugak..kekadang cashier pon ya..

so, tiap kali team ATM ada game, kami sekeluarga akan dapat tiket free punyo! hahaha..camne leh dapat free? sebab encik Jacob nih slalu makan kat kedai kami jika depa buat training kat TLDM, dgn pelanggan mesti baik..nak nak zura mmg minat abang2 men bola..huhuhu


hmm..bila skang player ATM bukan lagik abang2 soljer yg men, tetibe team nih meletops! hahah..sori, bukan abang soljer tak pandai main..tp..... lu pikir lah sendirik..hahhahahaha..

well, tahniah again ATM, setapak dah kat final..kene tgu malam nih plak..sape yang menang..mintak2 selangor lah...huhu...

p/s : maaf, encik suami..jodohku dah ditentukan dengan mu..cerita ini bukan nak kenang time geli2 tau..hatiku milikmu seorang... dah 2 anak okeh..

p/s/s: seronok sakan kakak aku, team ATM menang, siap terlompat2 lagik..mentang2 laki NAVY..

kojaq sungguh...generasi sekarang..

bismillahirahmanirahim...

tajuk bikin panas utk budak2 zaman skang.. zura tak sasarkan pada semua orang..hanya sebilangan kecil drpd mereka.. kan ada pepatah, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".

perkara ni dah banyak berlaku, kat mana2 pun ada.. zura tak kondem semua okeh..diulang TAK SEMUA..so, sesape yang terase, maaf dipinta..

hal ini berlaku semalam, semasa zura menghadiri satu seminar anjuran Bahagian di Jabatan zura nih. ianya berkaitan dengan kerjaya sebagai kumpulan pelaksana atau nama sebelum ini adalah kumpulan sokongan.

nak terang sikit intipati seminar ni.. untuk berjaya dlm kehidupan, kita perlukan 3 teras, iaitu kemahiran, ilmu dan sikap.. kalo kita takde ilmu, kita boleh belajar kat mana2, tepi jalan pon bleh. kalo kita takde kemahiran, institut latihan, atau boleh bertanya dgn org yang berpengalaman..tetapi sikap, setinggi mana pun ilmu kita, sehebat mana pun kita, kalau sikap kita buruk, kurang ajar, pemalas, mementingkan diri sendiri.. kita sukar utk berjaya.. dgn cara tak elok, bolehlah berjaya dengan cemerlang..

dlm seminar ni di hadiri oleh kakitangan gred 17-38, opkos yg dtg tu ada yg senior, ada yg umur pertengahan (i ler tu!) dan yang muda2..freshie -> betul ke eja nih?huhuhu.. so, al-kisahnya, masa disediakan sarapan pagi, memasing beratur, baik laki, pompuan, muda, tua, yg mengandung pon..

sekali datang lah minar 3, 4 orang nih dgn lagak org muda, berbaju kurung sendat, berkasut tumit tinggi, berambut blonde, bermekap tebal potong barisan.... potong kat aku lak tu..akak blakang aku dah hangin..dia ckp, "budak2 zaman skang nih, takde etika!, takde iniasitif! kurang ajar sungguh, selamba potong que.."

lalu, aku pon sound, aku ckp.." dik, ikut que lah" selamba dia jwb.."ada que eh?" tanpa rasa malu atau bersalah, dia terus cedok nasi n sailang akak kat dpn aku utk amek lauk..

sungguh kurang ajar! istighfar dlm hati..pastu dlm hati kecik aku ckp.."malang sungguh jabatan ko!" atau patot aku ckp.."malang sungguh bakal suami ko!" kemudian istighfar balik..huhu..

tp laki.(tak semua)..mane nak kesah..asal cantik, seksi, blonde sket, gedik2 sket, jalan..mulut cam longkang takpe..janji orang pandang, respek, dapat awek hot..baru care... kalau awak bleh membimbing dia semula ke jalan yang benar dan dgn izin-Nya, alhamdulillah..tp kalo awak pon ke laut..hmmmmm...

ish..teringat kata2 seseorang.. " dalam setiap keburukan pasti ada kebaikan, jgn terlalu menilai keburukannya, hingga hilang kebaikan nya yang satu itu"..wallahualam...




Blogger Wordpress Gadgets